SEMAK BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH TERBARU

SEMAK BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH TERBARU

Fasa November adalah merupakan fasa bayaran duit Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dalam MyKad yang ke 11 untuk penerima Miskin dan Miskin Tegar, manakala bayaran yang ke 8 untuk penerima Asas Bukan Miskin.

Bagaimanakah cara semak bayaran duit Bantuan SARA dalam MyKad Fasa November? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN STR TAMBAHAN : (2026) CARA SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA & PANDUAN PERMOHONAN

TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025

Berdasarkan jadual bayaran yang dinyatakan, Bantuan SARA untuk Fasa November telahpun dikreditkan dalam MyKad 5.4 juta penerima. Berikut adalah tarikh bayaran Bantuan SARA yang terbaru :

🗓️ Tarikh Bantuan SARA Dikreditkan : 1 November 2025 (Sabtu).

*Boleh digunakan pada bila-bila masa sebelum tarikh tamat tempoh iaitu sebelum 31 Disember 2025 (Rabu).

JUMLAH BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025

Bagi Fasa November, Bantuan SARA dikreditkan dalam MyKad penerima dengan jumlah bermula RM50 sehingga RM200 bergantung kelayakan setiap kategori seperti berikut :

  • Bujang :
    • Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM50.
  • Isi Rumah :
    • Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM200.
    • Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM100.
  • Warga Emas :
    • Warga Emas Miskin & Miskin Tegar : RM150.
    • Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM50.

SEMAK BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025

Untuk mengetahui sama ada duit Bantuan SARA telah dikreditkan atau belum dalam MyKad anda untuk Fasa November, anda boleh membuat semakan secara online mengikut panduan di bawah :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
    • [PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off].
  4. Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] di bawah.
  5. Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
  6. Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  7. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  8. Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
  9. Klik pada butang [Verify you are human].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  11. Status kelayakan dan bayaran duit Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
  12. Selesai.

PANDUAN CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025

Jika anda disahkan ‘Lulus’ dan MyKad anda mempunyai baki Bantuan SARA untuk bulan November, anda boleh menggunakannya untuk beli barang keperluan asas mengikut panduan lengkap di bawah :

  1. Bawa MyKad bersama anda.
  2. Pergi ke pasar raya / pasar mini / kedai runcit berhampir (pastikan berdaftar SARA).
  3. Pilih barangan keperluan asas yang ada label SARA pada rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran SARA MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang yang bertugas untuk sahkan status dan baki dalam MyKad.
  6. Juruwang akan imbas barang keperluan asas yang terpilih dan mengikut had baki yang ada.
  7. Jika melebihi had baki dalam MyKad, penerima perlu membayar secara tunai.
  8. Bayaran akan disahkan dengan menggunakan MyKad.
  9. Resit dan MyKad akan diberikan kepada juruwang.

INFO LANJUT SARA

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan info Bantuan Sara MyKasih yang lebih lanjut, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment