SEMAK BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD : PENERIMA FASA DISEMBER 2025
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, fasa Disember akan disalurkan tidak lama lagi ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk dibelanjakan bagi memenuhi keperluan asas bulan tersebut dan digunakan sebelum tarikh luput.
Bagaimanakah semak bayaran duit bantuan sara dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.
JUMLAH BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Disember 2025 akan disalurkan kepada penerima dengan kadar berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
SEMAK BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
TARIKH BAYARAN SARA FASA DISEMBER 2025
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, Fasa Disember 2025 adalah seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN DISEMBER | TARIKH LUPUT/AKHIR GUNA |
|---|---|
| 1 Disember 2025 (Isnin) | 31 Disember 2025 (Rabu) |
Baki atau kredit SARA yang tidak digunakan dalam tempoh yang ditetapkan, tidak lagi akan dibawa ke bulan berikutnya dan akan luput secara automatik.
CARA GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Catatan : Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]