SEMAK BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026

SEMAK BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026

Bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 telah mula diagihkan kepada seramai 5.2 juta penerima yang layak untuk digunakan bagi persiapan menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Bagaimanakah semak bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 telah dikreditkan atau belum? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN E KASIH RM500 : SEMAK STATUS PENERIMA BAYARAN

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026

Bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 untuk penerima sedia ada dan penerima baharu dilaksanakan pada tarikh yang berbeza secara berperingkat mengikut tarikh yang dijadualkan seperti di bawah :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Sedia AdaBermula 10 Mac 2026, Selasa
dan
berperingkat selama
tiga (3) ke lima (5) hari
Penerima BaharuBermula 30 Mac 2026, Isnin
dan
berperingkat selama
tiga (3) ke lima (5) hari

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026

Tentunya jumlah bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 ditentukan berdasarkan kategori penerima dan juga bilangan tanggungan yang ditanggung oleh penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
RM150
hingga
RM600
(tertakluk bilangan tanggungan)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM100
hingga
RM300
(tertakluk bilangan tanggungan)
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
Pendapatan
Bawah RM5,000
RM150

CARA TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026

Terdapat dua (2) cara terima bayaran Bantuan Tunai Rahmah yang disediakan mengikut keperluan penerima yang ada akaun bank dan yang tiada akaun bank seperti berikut :

  • ✅ Penerima ada akaun bank :
    • Perlu menunggu bayaran Bantuan Tunai Rahmah dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.
  • ❌ Penerima tiada akaun bank :
    • Perlu menuntut bayaran Bantuan Tunai Rahmah di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat (termasuk penerima status “Gagal Kredit” dan penerima di Sabah dan Sarawak).

SEMAK BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026

Penerima yang layak boleh mengetahui status bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 sama ada telah dikreditkan atau belum melalui laman rasmi yang disediakan seperti berikut :

🔗 Pautan Laman Rasmi Bantuan Tunai Rahmah : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Ikuti panduan lengkap cara semak status bayaran Fasa 2 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Bantuan Tunai Rahmah (yang tertera di atas 👆).
  2. Halaman utama laman Bantuan Tunai Rahmah akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian Log Masuk dengan klik butang [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Tanpa <jarak> dan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Klik pada butang [Semak].
  6. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan nama anda.
  7. Jika betul, sila klik butang [Ya].
  8. Masukkan Kata Laluan anda yang sah.
  9. Klik pada butang [Log Masuk].
  10. Profil permohonan anda akan dipaparkan.
  11. Klik terus bahagian [Semakan Permohonan].
  12. Status bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 akan dipaparkan :
    • “Telah Dikreditkan”; atau
    • “Dalam Proses Kredit”; atau
    • “Gagal Kredit”.
  13. Selesai.

*Bagi status bayaran yang “Gagal Kredit” perlu menuntut bayaran di kaunter BSN terdekat.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.

Leave a Comment