SEMAK BAYARAN BANTUAN RM100 MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA

SEMAK BAYARAN BANTUAN RM100 MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA

Hampir seluruh rakyat Malaysia disahkan layak untuk menerima pengkreditan Bantuan RM100 dalam MyKad (Kad Pengenalan) di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan perlu digunakan untuk beli barang keperluan dengan pembayaran tanpa tunai sahaja.

Bagaimanakah semak bayaran Bantuan RM100 MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN STR FASA 3 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK BAYARAN BANTUAN RM100 MYKAD 2025

Status bayaran Bantuan RM100 dalam MyKad boleh disemak melalui dua (2) cara, iaitu :

  • Secara atas talian (Online) melalui aplikasi; atau
  • Secara manual melalui kedai atau kiosk.

Ikuti cara semakan bayaran secara online melalui aplikasi :

  1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
  2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik pada ikon [TNG Card].
  4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
  5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
  6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
  7. Klik pada butang [Submit].
  8. Status duit dalam MyKad akan dipaparkan.
  9. Selesai.

Atau, ikuti cara semakan bayaran secara manual seperti berikut :

  1. Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
    • Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad; atau
  2. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam :
    • Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
    • Baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
  3. Selesai.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RM100 MYKAD 2025

Kesemua penerima yang layak akan menerima bayaran Bantuan RM100 dalam MyKad secara serentak bermula pada tarikh :

  • 31 Ogos 2025 (Ahad) Bersamaan Hari Kemerdekaan Ke-68.

*Namun, penerima boleh menggunakannya pada bila-bila masa sebelum 31 Disember 2025 (Rabu).

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM100 MYKAD 2025

Bantuan RM100 akan dikreditkan dalam MyKad rakyat Malaysia yang menenuhi syarat kelayakan berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Tidak mengira had pendapatan.

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 MYKAD 2025

Untuk mengetahui status anda layak atau tidak Bantuan RM100 dalam MyKad, semak status melalui pautan di bawah :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment