SEMAK BANTUAN SYUKUR SABAH : (2026) PEMOHON BERSTATUS LAYAK SAHAJA AKAN TERIMA BAYARAN
Bantuan SYUKUR Sabah atau rasminya Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah merupakan sebuah inisiatif yang dilaksanakan bagi tujuan Program Pembasmian Kemiskinan di Negeri Sabah yang khusus untuk Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang benar-benar layak dan memerlukan.
Bagaimanakah semak Bantuan SYUKUR Sabah? Ikuti panduan semakan dan baca info penuh di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN ONE OFF DALAM MYKAD 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
KADAR BANTUAN SYUKUR SABAH
Berikut merupakan kadar Bantuan SYUKUR Sabah yang diberikan kepada setiap penerima yang layak :
| KIRAAN SETIAP BULAN | KADAR BAYARAN SEKALIGUS |
|---|---|
| RM300 (Jan) + RM300 (Feb) + RM300 (Mac) | = RM900 (Fasa 1) |
| RM300 (Apr) + RM300 (Mei) + RM300 (Jun) | = RM900 (Fasa 2) |
| RM300 (Jul) + RM300 (Ogs) + RM300 (Sep) | = RM900 (Fasa 3) |
| RM300 (Okt) + RM300 (Nov) + RM300 (Dis) | = RM900 (Fasa 4) |
JADUAL BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah adalah dijadualkan berperingkat mengikut fasa dan tempoh berikut :
| PERINGKAT FASA | TEMPOH BAYARAN | BULAN PELAKSANAAN |
|---|---|---|
| Fasa Satu (1) | Januari – Mac | Februari |
| Fasa Dua (2) | April – Jun | April |
| Fasa Tiga (3) | Julai – September | September |
| Fasa Empat (4) | Oktober – Disember | November |
CARA TERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH
Setiap penerima akan menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah dengan cara-cara yang disediakan mengikut jenis penerima :
| BIL. | CARA TERIMA BANTUAN | JENIS PENERIMA |
|---|---|---|
| 1. | Pengkreditan dalam akaun bank penerima | Ada akaun bank |
| 2. | Pembayaran secara tunai di kaunter bank | Tiada akaun bank |
| 3. | Pengkreditan dalam akaun e-Wallet (Aplikasi YONO Superapp) | Ada / tiada akaun bank |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SYUKUR Sabah yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 18 tahun dan ke atas |
| Status Penempatan | Pemegang Kad Pengenalan status ‘H’ atau Bermastautin di Sabah tidak kurang satu (1) tahun |
| Kategori Penerima | Ketua Isi Rumah (KIR) & Ahli Isi Rumah (AIR) dalam kategori ‘Miskin & Miskin Tegar’ |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) dan tersenarai dalam pangkalan data eKasih / PADANS |
SEMAK BANTUAN SYUKUR SABAH
Bagi individu yang telah kemukakan permohonan Bantuan SYUKUR Sabah, sila buat semakan status kelayakan permohonan mengikut garis panduan berikut :
đ Pautan Portal Rasmi PADANS : https://padans.sabah.gov.my/.
- Sila layari pautan Portal Rasmi PADANS di atas.
- Anda akan dibawa ke Portal Rasmi PADANS.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- â Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- â Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR), sila rujuk pihak berwajib melalui :
- Talian SYUKUR Sabah : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarka sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.