SEMAK BANTUAN SARAWAK – SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS (SKAS)
Kerajaan Negeri Sarawak meneruskan pemberian Bantuan Sumbangan Keperluan Asas (SKAS) kepada lebih ramai rakyat Sarawak yang layak supaya dapat dibelanjakan untuk barang keperluan seperti beras, tepung, gula dan sebagainya.
Bagaimanakah semak kelayakan penerima Bantuan Sarawak? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS STR FASA 2 2026 (TARIKH, JUMLAH & KELAYAKAN PENERIMA)
JUMLAH BANTUAN SARAWAK
Setiap kategori tidak akan menerima jumlah Bantuan Sarawak yang sama, kerana ianya ditetapkan berbeza seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM950 |
| Warga Emas | RM500 |
| Bujang | RM300 |
JADUAL BAYARAN BANTUAN SARAWAK
Pembayaran Bantuan Sarawak ini dilaksanakan secara berperingkat melalui 3 peringkat yang mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| PERINGKAT PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Peringkat 1 | 10 Mac 2026 (Selasa) |
| Peringkat 2 | 15 Mei 2026 (Jumaat) |
| Peringkat 3 | 10 November 2026 (Selasa) |
MEDIUM BAYARAN BANTUAN SARAWAK
Namun, hanya satu (1) sahaja medium bayaran yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak untuk menerima Bantuan Sarawak ini. Iaitu melalui medium :
| JENIS BAYARAN | MEDIUM |
|---|---|
| Bayaran secara tanpa tunai (baucar digital) | Aplikasi S Pay Global (e-Wallet) |
SEMAK BANTUAN SARAWAK
Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah sebelum buat semakan status kelayakan seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/.
- Anda akan dibawa ke halaman utama.
- Tekan butang [Semakan Kelayakan].
- Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
- Klik butang [TERUSKAN].
- Kemudian, klik [Akaun Individu Saya].
- Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
- Klik butang [Cari].
- Paparan Notifikasi Nama anda ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2026 akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA TUNTUT BANTUAN SARAWAK
Jika telah disahkan ‘Lulus’ penerima boleh buat tuntut Bantuan Sarawak seperti berikut :
- Download/Muat Turun aplikasi S PAY GLOBAL.
- Aktifkan akaun anda dengan melengkapkan pendaftaran.
- Semak kelayakan SKAS.
- Ikuti panduan lengkap yang disediakan dalam aplikasi tersebut untuk semakan status kelayakan.
- Pastikan maklumat akaun S PAY GLOBAL anda dikemas kini.
- Sahkan tuntutan bantuan.
- Log masuk ke aplikasi S PAY GLOBAL.
- Ikuti arahan untuk mengesahkan penerimaan bantuan SKAS.
RUJUKAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel rasmi seperti berikut :
- Talian Rasmi SKAS : 08 2555 999
- E-mel Rasmi SKAS : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/.