SEMAK BANTUAN SARA RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Bermula pada 1 Mei 2025, Bantuan SARA Rahmah telah dikreditkan ke dalam kad pengenalan 5.4 juta rakyat dewasa Malaysia yang terpilih dan sebahagian daripada penerima telah mula menggunakkannya untuk pembelian barangan keperluan asas di lebih 1,200 rakan strategik.
Bagaimanakah semak Bantuan SARA Rahmah? Ikuti panduan semakan di bawah.
BACA JUGA : SEMAK MYKASIH 100 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
KATEGORI PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Berikut merupakan kategori penerima Bantuan SARA Rahmah pada tahun 2025 :
- 700,000 ribu penerima sedia ada :
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.
- 4.7 juta penerima baharu :
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas.
KAEDAH KREDIT BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Semua penerima sedia ada dan penerima baharu daripada mana-mana negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dab Wilayah Persekutuan Labuan akan menerima Bantuan SARA Rahmah seperti berikut :
- Dikreditkan secara tanpa tunai dalam kad pengenalan penerima setiap bulan.
JUMLAH KREDIT BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Bantuan SARA Rahmah dikreditkan setiap bulan dengan jumlah yang berbeza kepada penerima mengikut kelayakan seperti berikut :
- Penerima Sedia Ada :
- Isi Rumah : RM200 setiap bulan;
- Warga Emas : RM150 setiap bulan;
- Bujang : RM50 setiap bulan.
- Penerima Baharu :
- Isi Rumah : RM100 setiap bulan;
- Warga Emas : RM50 setiap bulan.
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Ikuti cara semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA Rahmah seperti berikut :
- Sila layari halaman Bantuan SARA Rahmah yang rasmi.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan SARA Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA Rahmah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.