SEMAK BANTUAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM200 / RM100 SETIAP BULAN)
Golongan isi rumah, bujang dan warga emas yang disahkan layak menerima Bantuan Sara MyKasih setiap bulan adalah seramai 5.4 juta yang terbahagi kepada dua (2) kumpulan penerima iaitu Miskin dan Miskin Tegar dan juga penerima Asas Bukan Miskin.
Bagaimanakah semak Bantuan Sara MyKasih? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN RESULT SPM : PANDUAN LENGKAP CARA CEK KEPUTUSAN ONLINE & SMS
SISTEM AGIHAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Agihan Bantuan Sara MyKasih adalah melalui sistem seperti berikut :
- Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan Mykasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem Mykasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
- Penerima akan menerima elaun bulanan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
- Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.
KADAR AGIHAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Setiap kategori akan menerima kadar Bantuan Asas MyKasih yang berbeza setiap bulan seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR AGIHAN BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar | RM100 / RM200 setiap bulan |
Isi Rumah Asas Bukan Miskin | RM100 setiap bulan |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | KADAR AGIHAN BANTUAN |
---|---|
Bujang Miskin & Miskin Tegar | RM50 setiap bulan |
Bujang Asas Bukan Miskin | – |
- Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMAS | KADAR AGIHAN BANTUAN |
---|---|
Warga Emas Miskin & Miskin Tegar | RM100 / RM150 setiap bulan |
Warga Emas Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
SEMAK BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Ikuti cara semakan status kelayakan penerima Bantuan Sara MyKasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi STR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH AGIHAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Berikut merupakan tarikh agihan Bantuan Sara Mykasih pada setiap bulan :
TARIKH AGIHAN BANTUAN (MISKIN & MISKIN TEGAR) | TARIKH AGIHAN BANTUAN (ASAS BUKAN MISKIN) |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.