SEMAK BANTUAN SARA HIDUP 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN & STATUS BAYARAN BULANAN
Kos sara hidup kini semakin meningkat dan ianya memberikan kesan kepada rakyat terutamanya golongan yang kurang berkemampuan seperti B40 dan M40. Oleh itu, bagi membantu menampung perbelanjaan, Kerajaan menyediakan Bantuan Sara Hidup yang dibayar secara bulanan untuk sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah cara semak kelayakan dan status bayaran Bantuan Sara Hidup? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN KASIH JOHOR : FASA 3 2026 STATUS KELAYAKAN & BAYARAN
KADAR BANTUAN SARA HIDUP 2026
Supaya Bantuan Sara Hidup diberikan dengan adil, Kerajaan menetapkan kadar bayaran mengikut kategori dan kelayakan penerima iaitu B40 dan M40 seperti berikut :
- BAYARAN UNTUK B40 (MISKIN & MISKIN TEGAR) :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| ISI RUMAH (berpasangan ada / tiada anak atau balu / duda / janda ada anak) | RM200 setiap bulan hingga RM2,400 setahun |
| WARGA EMAS (tiada pasangan) | RM150 setiap bulan hingga RM1,800 setahun |
| BUJANG (belum berkahwin atau balu / duda / janda tiada anak) | RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun |
- BAYARAN UNTUK M40 (ASAS BUKAN MISKIN TEGAR) :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| ISI RUMAH (berpasangan ada / tiada anak atau balu / duda / janda ada anak) | RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun |
| WARGA EMAS (tiada pasangan) | RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
| BUJANG (belum berkahwin atau balu / duda / janda tiada anak) | RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP
Penerima Bantuan Sara Hidup dipilih secara automatik adalah berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA B40 | KELAYAKAN PENERIMA M40 |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Had Umur | 21 tahun ke atas | 21 tahun ke atas |
| Kategori Penerima | – Bujang – Isi Rumah – Warga Emas | – Bujang – Isi Rumah – Warga Emas |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 | RM2,501 hingga RM5,000 |
| Status Permohonan STR 2026 | Lulus | Lulus |
SEMAK STATUS BANTUAN SARA HIDUP 2026
Status kelayakan sebagai penerima dan status bayaran Bantuan Sara Hidup bulanan boleh disemak secara atas talian (online) mengikut panduan berikut :
- Layari laman web rasmi SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
- Halaman utama SARA akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Ikuti format ‘tanpa sengkang – dan tanpa jarak’.
- Tandakan pada [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
MEDIUM PENGKREDITAN BANTUAN SARA HIDUP
Untuk memudahkan penerima menerima Bantuan Sara Hidup, Kerajaan mengkreditkan bayaran dengan satu (2) medium sahaja bagi setiap penerima seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | MEDIUM PENGKREDITAN |
|---|---|
| Isi rumah, Warga emas dan Bujang (B40 dan M40) | Pengkreditan adalah secara automatik terus ke dalam akaun Kad Pengenelan penerima pada setiap bulan khas untuk pembelian barang keperluan asas tanpa tunai (cashless) |
JADUAL KREDIT BANTUAN SARA HIDUP 2026
Bantuan Sara Hidup dikreditkan secara bulanan automatik mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan seperti jadual di bawah :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| Isi Rumah & Warga Emas (B40 & M40) | 9 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
| Individu Bujang (B40 & M40) | 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib melalui talian, laman dan e-mel berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.