SEMAK BANTUAN SARA BULANAN 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
Manfaat Bantuan SARA Bulanan diteruskan lagi pada tahun 2026, namun untuk lebih ramai penerima yang layak dapat menerima bayaran RM50, RM100, RM150 dan RM200 setiap bulan menerusi Kad Pengenalan yang boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan asas.
Bagaimanakah semak kelayakan penerima bayaran Bantuan SARA Bulanan? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN STR FASA 2 2026 – ADAKAH TELAH DIKREDITKAN ATAU BELUM
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA BULANAN 2026
Penerimaan Bantuan SARA Bulanan adalah secara automatik tanpa perlu kemukakan permohonan dan penerima yang dipilih adalah berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Kategori | Isi Rumah Warga Emas Bujang |
| Had Umur | Isi Rumah – Tiada had Warga Emas – 60 tahun ke atas Bujang – 21 hingga 59 tahun |
| Pendapatan Bulanan | B40 : Bawah RM2,500 M40 : RM2,501 hingga RM5,000 |
| Status STR 2026 | Lulus permohonan |
SEMAK BANTUAN SARA BULANAN 2026
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA Bulanan boleh disemak secara atas talian (online) mengikut cara seperti berikut :
- Layari laman web rasmi SARA di sini :
- Halaman utama SARA akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
- Tandakan pada [Verify you are human].
- Tunggu pengesahan anda.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
HAD BANTUAN SARA BULANAN 2026
Setiap kategori penerima B40 dan M40 telah dihadkan untuk menerima Bantuan SARA Bulanan dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA B40 | PENERIMA M40 |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 setiap bulan | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas | RM150 setiap bulan | RM50 setiap bulan |
| Bujang | RM100 setiap bulan | RM50 setiap bulan |
CARA GUNA BANTUAN SARA BULANAN
Sekiranya disahkan layak, penerima boleh menggunakan Bantuan SARA Bulanan untuk beli barang keperluan asas setiap bulan mengikut panduan lengkap di bawah :
| LANGKAH | PANDUAN CARA GUNA |
|---|---|
| 1. | Kunjungi premis yang berdaftar dengan SARA (seperti Mydin, Pacific, 99 speedmart, lotus dan lain-lain) |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang mempunyai label SARA MyKasih pada rak tanda harga |
| 3. | Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan penerima |
| 4. | Juruwang akan kembalikan Kad Pengenalan dan mula imbas barang yang dipilih |
| 5. | Transaksi bayaran akan disahkan guna Kad Pengenalan penerima |
| 6. | Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki |
TEMPOH GUNA BANTUAN SARA BULANAN 2026
Bagaimanapun, Bantuan SARA yang dikreditkan setiap bulan mempunyai tempoh penggunaan yang ditetapkan selama berikut :
| TARIKH KREDIT | TEMPOH GUNA | TARIKH AKHIR |
|---|---|---|
| 9-16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 12 bulan | 31 Disember 2026 |
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib melalui laman, talian dan e-mel berikut :
- Talian SARA : 03-7720 1800
- E-mel SARA : [email protected]
- Laman Pertanyaan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.