SEMAK BANTUAN RM100 IC 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Kad identiti rasmi Warganegara Malaysia (IC) dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan seperti kebolehan menyimpan duit dalam IC dan boleh digunakan untuk pelbagai transaksi tanpa tunai (cashless) termasuk boleh menerima bantuan daripada Kerajaan.
Bagaimanakah semak Bantuan RM100 dalam IC? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BILA STR FASA 3 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
FUNGSI IC
IC digunakan sebagai kad pengenalan diri rakyat Malayia, namun terdapat juga fungsi lain seperti :
- Menerima Bantuan Kerajaan :
- Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan secara tanpa tunai melalui IC dan boleh diguna untuk perbelanjaan barangan keperluan asas.
- Urusan Rasmi dengan Agensi Kerajaan :
- Pelbagai urusan rasmi dengan agensi Kerajaan memerlukan pengesahan identiti yang tepat.
- Keluar Negara :
- IC perlu dikepilkan bersama passport semasa proses imigresen bagi pengesahan identiti untuk ke luar Negara.
- Integrasi Sistem Touch ‘n Go (TnG) :
- Membolehkan pengguna melakukan transaksi tanpa tunai bagi pembayaran tol dan pengangkutan awam.
*Nota : Wang yang ada dalam IC tidak boleh dikeluarkan seperti kad bank.
APA ITU BANTUAN RM100 IC 2025
Bantuan yang dikreditkan dalam IC sebanyak RM100 setiap individu adalah merupakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) daripada Kerajaan yang membolehkan penerima membuat pembelian keperluan asas di kedai terpilih dengan hanya menggunakan IC.
Antara barangan keperluan asas yang boleh dibeli adalah :
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak masak;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Minuman;
- Makanan dalam tin;
- Bahan perasa;
- Produk kebersihan;
- Ubat-ubatan; dan
- Peralatan sekolah / pelajaran.
CARA PENERIMAAN BANTUAN RM100 IC 2025
Penerimaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam IC kini melalui dua (2) cara, iaitu :
- Pengkreditan dalam IC setiap bulan kepada 5.4 juta penerima sedia ada (status miskin tegar dan bukan miskin yang berdaftar STR dan eKasih).
- Pengkreditan dalam IC sekaligus (one-off) kepada 22 juta (semua rakyat dewasa termasuk penerima sedia ada).
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM100 IC 2025
Bantuan RM100 yang akan dikreditkan dalam IC rakyat yang memenuhi kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tiada had pendapatan.
*Nota : Tiada permohonan diperlukan dan ianya akan dikreditkan secara automatik dalam IC 22 juta penerima.
KAEDAH PEMBELIAN GUNA BANTUAN RM100 IC 2025
Berikut merupakan kaedah pembelian dengan menggunakan Bantuan RM100 dalam IC :
- Kunjungi kedai terpilih yang berdekatan.
- Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di rak tanda harga.
- Tunjuk IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Bayar menggunakan IC.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
*Nota : Pembelian hendaklah tidak melebihi jumlah wang dalam IC.
JUMLAH BANTUAN DALAM IC 2025
Kesemua 22 juta rakyat yang disahkan layak, akan menerima bayaran Bantuan SARA dalam IC sebanyak RM100 setiap seorang dan ianya dibayar sekali sahaja (one-off). Namun, penerima sedia ada akan menerima bayaran setiap bulan mengikut jumlah yang ditetapkan setiap kategori berikut :
KATEGORI PENERIMA | PENERIMAAN JANUARI – MAC | PENERIMAAN APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih | RM100 tiap bulan | RM200 tiap bulan |
Warga Emas (STR & eKasih) | RM100 tiap bulan | RM150 tiap bulan |
Bujang (STR & eKasih) | RM50 tiap bulan | RM50 tiap bulan |
Isi Rumah (STR sahaja) | – | RM100 tiap bulan |
Warga Emas (STR sahaja) | – | RM50 tiap bulan |
SEMAK BANTUAN RM100 IC 2025
Bagi yang ingin mengetahui baki semasa yang ada dalam IC, ikuti cara semakan seperti berikut :
- Semakan Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TnG Card].
- Klik pula pada butang [Add New Card].
- Masukkan nombor siri Kad Pengenalan (IC) Nombor MFGV dan nama pengguna dengan betul.
- Seterusnya, klik butang [Submit].
- Baki dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Semakan Melalui Mesin Kiosk Touch ‘n go :
- Pergi ke kiosk TnG yang tersedia di lokasi berhampiran (seperti pusat beli-belah dan stesen pengangkutan awam).
- Letak IC pada pengimbas di kiosk.
- Baki dalam IC akan dipaparkan di skrin tersebut.
- Selesai.
- Semakan Melalui Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka :
- Pergi ke stesen minyak atau kedai serbeneka yang menyediakan mesin tambah nilai.
- Imbas baki dalam IC di kaunter tersebut.
- Baki yang ada dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
*Semakan baki adalah percuma melalui aplikasi / kiosk atau laman web rasmi.
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN RM100 IC 2025
Kerajaan mengkreditkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam IC penerima mengikut tarikh seperti berikut :
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA SETIAP BULAN | TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA ONE-OFF |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 31/08/2025 (Ahad) |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA (Dalam IC), sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.