SEMAK BANTUAN RM100 : 2025 MYKASIH SARA DALAM MYKAD ANDA
Kesemua 22 juta rakyat dewasa di Malaysia yang disahkan ‘Layak’ telahpun menerima Bantuan sebanyak RM100 dalam Kad Pengenalan (MyKad). Sebahagian penerima telah menggunakannya dan sebahagian lagi belum menggunakannya.
Ikuti panduan semak dan info lebih lanjut berkaitan Bantuan RM100 dalam MyKad anda di bawah.
BACA JUGA : CEK STR FASA 4 (2025)

APA ITU BANTUAN RM100?
Bantuan RM100 adalah merupakan inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan sekaligus (one-off) kepada rakyat dewasa yang layak melalui pengkreditan ke dalam akaun Kad Pengenalan (MyKad).
Dengan hanya menggunakan Kad Pengenalan (MyKad), penerima boleh membuat pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM100 di kedai-kedai runcit atau pasar raya terpilih seluruh Malaysia.
SIAPA YANG LAYAK?
kerajaan menyasarkan Bantuan SARA RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia yang layak. Berikut merupakan syarat dan kriteria kelayakan penerima :
SYARAT KELAYAKAN | KRITERIA PENERIMA |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Had umur | 18 tahun dan ke atas |
Pendapatan | Tidak mengira jumlah pendapatan |
TARIKH BAYARAN BANTUAN RM100
Pembayaran Bantuan SARA RM100 hanyalah sekali sahaja, namun ianya boleh digunakan pada bila-bila masa sebelum tarikh akhir. Berikut merupakan tarikh bayaran dan tarikh akhir guna Bantuan SARA RM100 :
TARIKH MULA BAYARAN BANTUAN RM100 | TARIKH AKHIR GUNA BANTUAN RM100 |
---|---|
31 Ogos 2025 (Ahad) | 31 Disember 2025 (Rabu) |
KEGUNAAN BANTUAN RM100
Bantua SARA RM100 yang dikreditkan dalam MyKad anda adalah khas untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas. Antara barangan keperluan asas yang dapat dibeli guna Bantuan SARA RM100 adalah :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan.
- Ubat-ubatan.
- Barangan persekolahan.
*Nota : Pembelian hendaklah tidak melebihi RM100 yang ada dalam MyKad anda.
SEMAK BANTUAN RM100
Ketahui status kelayakan anda sama ada layak atau tidak terima Bantuan SARA RM100 dalam MyKad melalui semakan seperti berikut :
- Sila layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
- Halaman utama ‘Penghargaan SARA ‘ akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100One-off.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 850230112345.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Sekiranya anda ‘Layak’ status anda akan dipaparkan seperti berikut :
Nama Program | Penghargaan SARA |
Status | Layak |
Tarikh Program Bermula | 31/08/2025 |
Tarikh Program Berakhir | 31/12/2025 |
Baki (RM) | 100.00 |
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA RM100
Berikut merupakan soalan lazim (faq) Bantuan SARA RM100 yang menjadi persoalan oleh segelintir penerima :
- Adakah individu berpendapatan RM5,000 ke atas juga layak terima Bantuan SARA RM100?
- Ya, ianya diberikan kepada rakyat dewasa tanpa mengira jumlah pendapatan.
- Adakah Bantuan SARA RM100 diberikan pada setiap bulan?
- Tidak, ianya hanya diberikan sekali sahaja pada 31 Ogos 2025 untuk semua.
- Bolehkah Bantuan SARA RM100 dikeluarkan secara tunai daripada MyKad?
- Tidak boleh. Penerima hanya boleh menggunakannya untuk bayaran tanpa tunai (cashless) sahaja.
- Bilakah boleh beli barang guna Bantuan SARA RM100?
- Penerima boleh menggunakannya pada bila-bila masa bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.
- Bagaimanakah sekiranya penerima tidak menggunakan Bantuan SARA RM100 sehingga 31 Disember 2025?
- Kerajaan akan menarik balik Bantuan RM100 dalam MyKad dan disalurkan pada tarikh berikutnya kepada rakyat yang layak.
RUJUKAN LANJUT
Artikel ini dihuraikan berdasarkan maklumat sahih daripada Portal Rasmi SARA MyKasih. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan SARA RM100 One-off, sila rujuk pihak SARA MyKasih seperti berikut :
- Talian SARA MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]