SEMAK BANTUAN RAYA 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN TUNAI
Berbaki beberapa hari sahaja lagi umat Islam seluruh negara akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat Malaysia untuk membuat persiapan perayaan, Kerajaan menyediakan Bantuan Raya yang disalurkan secara tunai untuk yang layak.
Bagaimanakah semak kelayakan penerima bayaran Bantuan Raya secara tunai? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN STR FASA 2 2026 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
APA ITU BANTUAN RAYA?
Bantuan Raya yang disediakan oleh Kerajaan adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri khusus untuk penjawat awam dan pesara. Selain itu, Kerajaan juga menyediakan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 sebelum perayaan Aidilfitri untuk membantu rakyat membuat persiapan menjelang perayaan ini.
KADAR BANTUAN RAYA 2026
Berikut merupakan kadar Bantuan Raya yang disediakan mengikut kategori penerima :
- Bayaran Bantuan Khas Kewangan Raya :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN |
|---|---|
| Penjawat Awam (Gred 56 ke bawah, kontrak dan mySTEP) | RM500 |
| Pesara / Veteran (Berpencen / tidak berpencen) | RM250 |
- Bayaran Bantuan STR Raya :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM200 hingga RM600 *tertakluk jumlah anak |
| Isi Rumah M40 | RM100 hingga RM350 *tertakluk jumlah anak |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM150 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN RAYA 2026
Pembayaran Bantuan Raya bakal dilaksanakan mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan Khas Kewangan (BKK) | 13 Mac 2026 (Jumaat) |
| Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | 10 Mac 2026 (Selasa) dan berperingkat |
CARA TERIMA BANTUAN RAYA 2026
Setiap penerima yang layak akan menerima Bantuan Raya melalui cara-cara berikut :
| JENIS BANTUAN | CARA TERIMA BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan Khas Kewangan (BKK) | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank gaji penjawat awam / pesara |
| Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) |
SEMAK BANTUAN RAYA 2026
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 (sebelum raya). Ikuti cara semakan lanjut di bawah :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Ya] jika betul.
- Masukkan Kata Laluan yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan permohonan].
- Status kelayakan penerima STR akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan atau informasi lebih lanjut berkaitan Bantuan Raya Kerajaan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://pahang.anm.gov.my/arkib-pengumuman-pahang/pengumuman/2026/11689-bantuan-khas-kewangan-tahun-2026 dan https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.