SEMAK BANTUAN MYKAD RM100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Demi mengelakkan berlaku sebarang ketirisan, bantuan diagihkan dengan cara yang cekap, telus dan selamat secara tanpa tunai menerusi MyKad (kad pengenalan) khas kepada rakyat dewasa Malaysia yang menenuhi kelayakan sahaja.
Bagaimanakah semak status kelayakan Bantuan MyKad RM100? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS BAYARAN STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA
CARA BELI GUNA BANTUAN MYKAD RM100
Hanya penerima yang disahkan sahaja boleh membuat pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad seperti berikut :
- Kunjungi kedai yang menerima bayaran menggunakan MyKad (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini)
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan dan resit akan diberikan.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKAD 2025
Bayaran Bantuan MyKad setiap bulan dan sekali bayar adalah bergantung kepada kategori penerima berikut :
- Penerima Sedia Ada (Miskin) :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|
Isi Rumah | RM100 setiap bulan selama 3 bulan dan RM200 setiap bulan selama 9 bulan |
Warga Emas | RM100 setiap bulan selama 3 bulan dan RM150 setiap bulan selama 9 bulan |
Bujang | RM50 setiap bulan selama 12 bulan |
- Penerima Sedia Ada (Bukan Miskin) :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|
Isi Rumah | RM100 Setiap bulan selama 9 bulan |
Warga Emas | RM50 Setiap bulan selama 9 bulan |
Bujang | – |
- Penerima Baharu dan Sedia Ada (Semua Rakyat Dewasa) :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SEKALIGUS |
---|---|
Isi Rumah | RM100 sekali bayar |
Warga Emas | RM100 sekali bayar |
Bujang | RM100 sekali bayar |
JADUAL BAYARAN BANTUAN MYKAD RM100 2025
Bayaran Bantuan MyKad adalah dilaksanakan mengikut jadual berikut :
TARIKH BAYARAN (PENERIMA MISKIN) | TARIKH BAYARAN (PENERIMA BUKAN MISKIN) | TARIKH BAYARAN (SEMUA RAKYAT) |
---|---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 31/08/2025 (Ahad) |
SEMAK BANTUAN MYKAD RM100 2025
Berikut adalah cara semakan status kelayakan penerima Bantuan dalam MyKad :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK BAKI BANTUAN MYKAD 2025
Baki Bantuan yang ada dalam MyKad boleh disemak melalui dua (2) cara berikut :
Cara Semakan Baki MyKad Secara Online :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
Cara Semakan Baki MyKad Secara Fizikal :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam; atau
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad; atau
- Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA (Dalam MyKad), sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.