SEMAK BANTUAN MYKAD MADANI : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG (RM2100 & RM900 & RM600)
Dari awal pelaksanaan Bantuan MyKad MADANI (Sumbangan Asas Rahmah) pada tahun 2023, Kerajaan MADANI hanya menyasarkan kepada 200,000 ribu individu miskin tegar. Namun pada tahun 2025 ini, Kerajaan telah meluaskan kepada lebih 5.4 juta individu yang bukan hanya kepada miskin tegar sahaja, malah bukan miskin juga akan menerima.
Bagaimanakah semak status Bantuan MyKad MADANI? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH TERKINI : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
PENERIMA LAYAK BANTUAN MYKAD MADANI
Antara penerima yang layak menerima Bantuan MyKad MADANI adalah kira-kira seramai 5.4 juta individu yang terdiri daripada golongan bujang, isi rumah dan warga emas yang juga merupakan rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40).
KEGUNAAN BANTUAN MYKAD MADANI
Bantuan MyKad MADANI adalah khas untuk digunakan bagi tujuan :
- Pembelian barangan keperluan asas :
- Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
HAD BANTUAN MYKAD MADANI 2025
- Golongan Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | HAD BANTUAN MYKAD MADANI |
---|---|
Bujang B40 (Daftar e-Kasih) | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
Bujang B40 (Bukan e-Kasih) | Tiada |
- Golongan Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | HAD BANTUAN MYKAD MADANI |
---|---|
Isi Rumah B40 (Daftar e-Kasih) | RM100 (3 bulan) dan RM200 (9 bulan) sehingga RM2,100 setahun |
Isi Rumah B40 dan M40 (Bukan e-Kasih) | RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun |
- Golongan Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMAS | HAD BANTUAN MYKAD MADANI |
---|---|
Warga Emas B40 (Daftar e-Kasih) | RM100 (3 bulan) dan RM150 (9 bulan) sehingga RM1,650 setahun |
Warga Emas B40 dan M40 (Bukan e-Kasih) | RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun |
JADUAL KREDIT BANTUAN MYKAD MADANI
Pengkreditan Bantuan MyKad MADANI adalah pada setiap bulan mengikut jadual berikut :
BIL. | TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD MADANI |
---|---|
1. | 15 Januari 2025 |
2. | 01 Februari 2025 |
3. | 01 Mac 2025 |
4. | 01 April 2025 |
5. | 01 Mei 2025 |
6. | 01 Jun 2025 |
7. | 01 Julai 2025 |
8. | 01 Ogos 2025 |
9. | 01 September 2025 |
10. | 01 Oktober 2025 |
11. | 01 November 2025 |
12. | 01 Disember 2025 |
SEMAK BANTUAN MYKAD MADANI
Untuk mengetahui status anda layak atau tidak sebagai penerima Bantuan MyKad MADANI, ikuti panduan semakan berikut :
- Layari laman sesawang rasmi Bantuan MyKad MADANI (SARA).
- Di halaman utama laman sesawang, klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Isikan ruangan Nombor MyKad* yang disediakan mengikut format yang betul, contoh : 890230115678.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.
layak ke