SEMAK BANTUAN MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM900 & RM600)
Hanya khusus untuk rakyat dewasa yang berumur tidak kurang dari 18 tahun serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan akan dipilih untuk menerima pengkreditan Bantuan menerusi kad pengenalan (MyKad).
Bagaimanakah semak Bantuan MyKad? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN LESEN PERCUMA MADANI : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SECARA ONLINE (PANDUAN LENGKAP)
INISIATIF BANTUAN MYKAD 2025
Kerajaan melaksanakan inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad penerima adalah untuk memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan untuk memenuhi keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan serta barang sekolah anak.
KUMPULAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025
Terdapat dua (2) kumpulan penerima Bantuan MyKad pada tahun ini, iaitu :
PENERIMA KUMPULAN MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA KUMPULAN ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
0.7 juta (Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang) | 4.7 juta (Kategori Isi Rumah dan Warga Emas) |
KADAR AMAUN BANTUAN MYKAD 2025
Berikut merupakan kadar amaun Bantuan MyKad yang dikreditkan bagi tempoh setahun :
KADAR AMAUN KEPADA PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR | KADAR AMAUN KEPADA PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
ISI RUMAH : RM2,100 / setahun | ISI RUMAH : RM900 / setahun |
WARGA EMAS : RM1,650 / setahun | WARGA EMAS : RM450 / setahun |
BUJANG : RM600 / setahun | BUJANG : – |
JADUAL KREDIT BANTUAN MYKAD 2025
Pengkreditan Bantuan MyKad dijadualkan seperti berikut :
TARIKH PELAKSANAAN KREDIT | PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
Pengkreditan sesi 1 : 15/01/2025 01/02/2025 01/03/2025 | Isi Rumah : RM100/sebulan Warga Emas : RM100/sebulan Bujang : RM50/sebulan | – |
Pengkreditan sesi 2 : 01/04/2025 01/05/2025 01/06/2025 01/07/2025 01/08/2025 01/09/2025 01/10/2025 01/11/2025 01/12/2025 | Isi Rumah : RM200/sebulan Warga Emas : RM150/sebulan Bujang : RM50/sebulan | Isi Rumah : RM100/sebulan Warga Emas : RM50/sebulan Bujang : – |
SEMAK BANTUAN MYKAD 2025
Bagi yang ingin mengetahui Bantuan MyKad telah dikreditkan atau belum, ikuti panduan semakan berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Bayaran Bantuan dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025
Ikuti cara semak status penerima Bantuan MyKad secara online seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.