SEMAK BANTUAN KASIH JOHOR : LAYAK ATAU TIDAK BAYARAN FASA 3 2026

SEMAK BANTUAN KASIH JOHOR : LAYAK ATAU TIDAK BAYARAN FASA 3 2026

Bantuan Kasih Johor Fasa 3 secara one-off (sekaligus), akan diberikan kepada pekerja Gig seperti pemandu e-Hailing akan dilaksanakan tidak lama lagi secara berperingkat kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan dan disahkan oleh Pengangkutan Awam Johor (PAJ).

Bagaimanakah semak bantuan kasih johor? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK KELAYAKAN SKAS 2026 : BAYARAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK

PENGENALAN BANTUAN KASIH JOHOR FASA 3

Bantuan Kasih Johor ialah Bantuan tunai secara one-off kepada Pemandu E-Hailing, P-Hailing Kereta Sewa dan Teksi yang layak seperti yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar Johor menerusi Belanjawan Johor 2026.

Tujuan utama pelaksanaan Bantuan Kasih Johor adalah untuk :

  • Meringankan beban kos sara hidup golongan sasar yang terkesan dengan peningkatan harga barang serta ekonomi yang tidak menentu.
  • Sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Johor terhadap kebajikan barisan hadapan ekonomi gig dan sektor pengangkutan awam di Negeri Johor.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KASIH JOHOR

Penerima BKJ 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :

  • Anak Kelahiran Negeri Johor; atau
  • Bermastautin di Johor;
  • Mempunyai lesen memandu dan permit/kad pendaftaran yang sah daripada agensi yang menyediakan perkhidmatan seperti :
    • Pemandu e-Hailing;
    • p-Hailing;
    • Pemandu Kereta Sewa/Teksi.
  • Berdaftar dalam pangkalan data yang disahkan oleh pihak berkuasa atau syarikat operator masing-masing.

TARIKH & JUMLAH BAYARAN BANTUAN KASIH JOHOR FASA 3

Bantuan akan dilaksanakan secara one-off seperti berikut :

TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
Bayaran dianggarkan akan dilaksanakan pada Mac 2026, dan akan dikemas kini dari semasa ke semasaRM200
(dibayar secara one-off)

PERMOHONAN BANTUAN KASIH JOHOR

Kelayakan penerima untuk Pemandu E-Hailing, P-Hailing & Pemandu Teksi Fasa 3 bagi tahun 2026 adalah secara automatik berdasarkan pangkalan data sedia ada sebelum ini, dan tiada permohonan baharu dibuka.

Jika anda adalah pemandu atau penghantar yang aktif dan maklumat anda sudah dikemaskini dengan syarikat operator masing-masing, nama anda secara automatik akan masuk ke dalam sistem semakan BKJ.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN KASIH JOHOR

Bantuan Kasih Johor Fasa 3, RM200 ONE-OFF akan disalurkan dengan kaedah seperti berikut :

  • Pengkreditan tunai ke dalam akaun Bank :
    • Duit bantuan akan dikreditkan terus ke dalam Akaun Bank penerima yang layak.
  • Pemberian tunai secara fizikal :
    • Pemberian tunai secara fizikal mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

SEMAK STATUS BANTUAN KASIH JOHOR FASA 3

Status kelayakan penerima Bantuan Kasih Johor, Fasa 3 boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Bantuan Kasih Johor Fasa 3 di : https://bkj.paj.com.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Masukkan Nombor MyKad anda yang diisi tanpa (-) di ruangan yang telah disediakan.
  4. Seterusnya, tekan butang (Semak Status).
  5. ⁠Sekiranya berjaya, anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
  6. “Sukacita memaklumkan bahawa anda berjaya menerima Bantuan Tunai One-Off RM 200 Pemandu E-Hailing, P-Hailing & Pemandu Teksi Fasa 3.”
  7. Tarikh dan Lokasi agihan mengikut kawasan DUN masing-masing juga akan dipaparkan.
  8. Cetak dan simpan salinan maklumat sebagai rujukan semasa pengambilan bantuan di DUN.
  9. ⁠Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kasih Johor 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.johor.gov.my/bantuan-kasih-bangsa-johor

Leave a Comment