SEMAK BANTUAN AWAL RAMADHAN : 2026 SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN
Seluruh umat Islam di Malaysia telah mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang bermula hari ini (19 Februari 2026) dan selama sebulan. Oleh itu, bagi membantu rakyat menunaikan ibadah puasa dengan baik, pihak berwajib telah mula menyalurkan Bantuan Awal Ramadhan secara tunai dan juga melalui baucar makanan.
Bagaimanakah semak kelayakan bayaran Bantuan Awal Ramadhan? Ikuti panduan dan baca info lebih lanjut di bawah.
APA ITU BANTUAN AWAL RAMADHAN
Kerajaan MADANI telah menyalurkan Bantuan Awal Ramadhan melalui Bantuan SARA One-Off kepada semua rakyat tanpa mengira pendapatan bagi membantu membuat persediaan bekalan makanan untuk menyambut bulan Ramadhan.
Selain itu, pihak berwajib seperti Majlis Agama Islam setiap negeri juga menyediakan peruntukan bagi Bantuan Zakat Awal Ramadhan yang khusus untuk disalurkan kepada golongan asnaf seperti keluarga miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya untuk menyambut bulan Ramadhan ini.
JUMLAH BANTUAN AWAL RAMADHAN
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Awal Ramadhan oleh Kerajaan MADANI dan Majlis Agama Islam setiap negeri :
- Bantuan Awal Ramadhan (SARA One-Off) :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 – Suami dan RM100 – Isteri |
| Warga Emas | RM100 setiap seorang |
| Bujang | RM100 setiap seorang |
- Bantuan Awal Ramadhan (Zakat) :
| SENARAI MAJLIS AGAMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| MAIWP (Wilayah Persekutuan) | RM500 setiap penerima |
| MAIM (Melaka) | RM400 – ketua isi rumah dan RM100 – setiap tanggungan |
| MAIPP (Pulau Pinang) | RM700 – penerima dan RM100 – hamper makanan |
| MAIK (Kelantan) | Bermula RM100 (tertakluk bilangan tanggungan) |
| MAIDAM (Terengganu) | RM300 hingga RM700 (tertakluk bilangan tanggungan) |
| LZNK (Kedah) | Bermula RM300 (tertakluk bilangan tanggungan) |
| MUIP (Pahang) | RM500 setiap penerima |
| LZS (Selangor) | RM300 hingga RM1,000 (tertakluk bilangan tanggungan) |
| Lain-lain Majlis Agama negeri | Untuk negeri yang tidak dinyatakan, sila semak di laman web rasmi Majlis Agama Islam negeri masing-masing |
TARIKH BAYARAN BANTUAN AWAL RAMADHAN
Pembayaran Bantuan Awal Ramadhan adalah dilaksanakan mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| SENARAI BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan SARA One-Off | 9 Februari 2026 (Isnin) |
| Bantuan Zakat Ramadhan | Lain-lain tarikh bayaran bagi setiap negeri (perlu disemak melalui laman rasmi Majlis Agama Islam) |
SEMAK BANTUAN AWAL RAMADHAN
Untuk ketahui kelayakan dan bayaran Bantuan Awal Ramadhan, sila buat semakan melalui laman web rasmi seperti panduan di bawah :
- Cara Semak Bantuan Awal Ramadhan (SARA One-Off) :
- Layari laman web rasmi SARA di sini :
- Pada halaman utama SARA, klik [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Bantuan Awal Ramadhan (Zakat) :
- Layari laman web rasmi Majlis Agama (ikut negeri anda) di sini :
- MAINPP : https://zakat.mainpp.gov.my/skim-nur-ramadan/.
- MAIM : https://www.maim.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan/perkhidmatan/agihan-zakat/skim-bantuan-zakat.
- MAIWP : https://www.maiwp.gov.my/portal-main/home.
- MAIDAM : http://espmb.com/maidam_zakat/semakanRamadhanLog.aspx.
- MAIK : https://ssba.e-maik.my/.
- MAINJ : https://ebantuan.maij.gov.my/main.
- LZNK : https://www.zakatkedah.com.my/semakan-bantuan/.
- MAINS : https://mainsonline.mainsnet22.com/bantuan/statusbantuan.asp.
- MAIPk : https://yayasanperak.gov.my/ypcenter/.
- MUIP : https://secure.zakatpahang.my/semakstatus/MulaSemakStatuseTaksir.aspx.
- LZS : https://www.zakatselangor.com.my/semak/.
- MUIS : https://appszakat.sabah.gov.my/zakat/user/index.php.
- MIS : https://mis.sarawak.gov.my/web/home/index/.
- Layari laman web rasmi Majlis Agama (ikut negeri anda) di sini :
*Nota : Semakan bagi setiap Majlis Agama setiap negeri adalah berlainan, anda perlu mencari halaman semakan dan semak kelayakan anda untuk terima bantuan zakat Ramadhan.
RUJUKAN LANJUT
Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan Awal Ramadhan (SARA One-Off dan Zakat), sila rujuk pihak berwajib melalui talian seperti berikut :
- Talian SARA : 03-7720 1800
- Talian Majlis Agama :
- MAIWP : 019 200 4689
- MAIM : 06 283 7416
- MAIPP : 04 226 0305
- MAIK : 09 748 1512
- MAIDAM : 09 622 3500 / 011 266 12500
- MAINJ : 07 224 3918 / 07 228 2941
- LZNK : 019 573 9155
- MAINS : 019 623 5051
- MAIPk : 05 254 9999
- MUIP : 09 422 1311 / 011 3016 3882
- LZS : 1300 88 4343
- MUIS : 088 279 206
- MIS : 08 2507 241
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/ dan laman web rasmi Majlis Agama setiap negeri.