SEMAK BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026 : BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH AKAN DISALURKAN DALAM IC PEMOHON YANG BERSTATUS LAYAK

SEMAK BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026 : BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH AKAN DISALURKAN DALAM IC PEMOHON YANG BERSTATUS LAYAK

Bantuan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan ke dalam IC / Kad Pengenalan penerima yang berstatus layak dan Fasa Februari telahpun mula dilaksanakan bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Bagaimanakah cara semak Bantuan Asas Rahmah Fasa Februari? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STR 2026 (FASA 2 BANTUAN)

BILANGAN PENERIMA LAYAK BANTUAN ASAS RAHMAH

Untuk bayaran Fasa Februari 2026, penerima yang layak terima Bantuan Asas Rahmah adalah direkodkan seramai 8.1 juta yang merangkumi kategori berikut :

KATEGORI PENERIMABILANGAN YANG LAYAK
Isi Rumah3.7 juta penerima
Warga Emas1.3 juta penerima
Bujang3.1 juta penerima

TARIKH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026

Seramai 8.1 juta penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan Asas Rahmah Fasa Februari pada tarikh yang ditetapkan seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa Kedua
(Februari)
01 Februari 2026, Ahad

KADAR BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026

Kadar bayaran Bantuan Asas Rahmah disalurkan mengikut kepada kategori dan kelayakan setiap penerima. Berikut merupakan kadar bayaran untuk Fasa Februari :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR BAYARAN
Isi Rumah
(Daftar eKasih)
RM200 (Februari)
Isi Rumah
(Bukan eKasih)
RM100 (Februari)
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMASKADAR BAYARAN
Warga Emas
(Daftar eKasih)
RM150 (Februari)
Warga Emas
(Bukan eKasih)
RM50 (Februari)
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGKADAR BAYARAN
Bujang
(Daftar eKasih)
RM100 (Februari)
Bujang
(Bukan eKasih)
RM50 (Februari)

SEMAK BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026

Setiap rakyat dewasa Malaysia boleh membuat semakan secara online untuk tahu status kelayakan dan status bayaran Bantuan Asas Rahmah dalam IC. Ikuti cara semak yang mudah di bawah :

  1. Sila layari laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah :
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama Sumbangan Asas Rahmah.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor MyKad* pada ruang yang disediakan.
    • *Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
      • Contoh : 9503112345.
  5. Klik pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Terus klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima & status bayaran Fasa Februari akan dipaparkan.
  8. Selesai.

*Contoh paparan status kelayakan penerima yang layak :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment