SEMAK BAKI MYKASIH 2026 : PENERIMA YANG BERSTATUS LULUS BANTUAN SARA BULANAN AKAN TERIMA BAYARAN BAGI FASA FEBRUARI 2026
Penerima-penerima yang berstatus lulus akan mula terima bayaran Bantuan MyKasih SARA Bulanan bagi Fasa Februari melalui Kad Pengenalan dan setiap penerima kini boleh membuat semakan baki untuk tahu sama ada bantuan telah dikreditkan atau belum.
Bagaimanakah cara semak baki MyKasih? Ikuti panduan semakan lengkap di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARA ONE OFF 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN ONE-OFF
TARIKH BAYARAN TERBARU MYKASIH 2026
Bayaran terbaru Bantuan MyKasih SARA Bulanan untuk Fasa Februari dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan bagi setiap kategori penerima yang layak seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah | 01 Februari 2026 (Ahad) |
| Warga Emas | 01 Februari 2026 (Ahad) |
| Bujang | 01 Februari 2026 (Ahad) |
CARA SEMAK BAKI MYKASIH 2026
Baki terkumpul atau status bayaran yang terkini Bantuan SARA Bulanan bagi Fasa Februari 2026 boleh disemak dengan mudah secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi MyKasih atau Aplikasi MyKasih.
Ikuti cara semak baki melalui Portal Rasmi MyKasih dan Aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Panduan Semakan Baki Di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status bayaran terkini & baki terkumpul SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan Baki Di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
- Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
- [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
- [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
- Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100 One-off].
- Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
- Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status bayaran terkini & baki terkumpul SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR BAKI MYKASIH 2026
Baki terkumpul Bantuan MyKasih SARA Bulanan sekiranya penerima tidak membuat pembelian atau belum menggunakannya pada bulan Januari adalah sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KREDIT FASA FEBRUARI | KADAR BAKI (TERKUMPUL) |
|---|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 | RM400 |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 | RM200 |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 | RM300 |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 | RM100 |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 | RM200 |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 | RM100 |
TEMPOH AKHIR GUNA BAKI MYKASIH 2026
Bagaimanapun, penerima yang layak disarankan untuk menggunakan Bantuan MyKasih SARA Bulanan untuk beli barang keperluan asas sebelum tarikh akhir iaitu pada :
| JENIS KREDIT | TEMPOH GUNA | TARIKH AKHIR |
|---|---|---|
| SARA Bulanan (Kredit setiap bulan) | 12 bulan | 31 Disember 2026 |
| SARA One-Off (Kredit sekaligus) | 11 bulan | 31 Disember 2026 |
INFO LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA MyKasih), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami menafikan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi yang diminta atau direkodkan serta tiada sebarang bayaran yang kami kenakan untuk pembaca artikel ini kerana pihak kami hanya menulis dan kongsikan maklumat dan info terkini berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA MyKasih).
Segala informasi dalam artikel ini adalah kami rujuk daripada sumber sahih di sini : https://www.sara.gov.my/.