SEMAK BAKI KAD PENGENALAN : CARA CHECK DUIT MYKASIH DI DALAM IC/MYKAD

SEMAK BAKI KAD PENGENALAN : CARA CHECK DUIT MYKASIH DI DALAM IC/MYKAD

Setiap bulan, penerima menerima kredit SARA ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) untuk perbelanjaan barangan asas, dan baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan hanya sah digunakan sehingga tamat tempoh program.

Bagaimanakah cara semak baki mykasih dalam kad pengenalan? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CARA CEK DUIT DALAM IC : SEMAK BAKI & BAYARAN SARA MYKASIH

KELAYAKAN PENERIMA DUIT MYKASIH DALAM KAD PENGENALAN

Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Tambahan SARA ONE-OFF RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia berusia 18 tahun ke atas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

JUMLAH PENGKREDITAN DUIT MYKASIH DALAM KAD PENGENALAN

Kadar bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
TAMBAHAN ONE-OFF
(OGOS 2025)
Isi RumahRM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
RM100 ONE-OFF
Warga Emas Tiada PasanganRM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
RM100 ONE-OFF
BujangRM50 (Januari – Disember)RM100 ONE-OFF
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
TAMBAHAN ONE-OFF
(OGOS 2025)
Isi RumahRM100 (April – Disember)RM100 ONE-OFF
Warga Emas Tiada PasanganRM50 (April – Disember)RM100 ONE-OFF

TARIKH PENGKREDITAN DUIT MYKASIH DALAM KAD PENGENALAN

Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak adalah setiap bulan mengikut jumlah yang telah ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH PELAKSANAAN
BAYARAN BULANAN
TARIKH BAYARAN ONE-OFF
(SEKALI BAYAR)
Lulus STR & Berstatus eKasihJanuari sehingga Disember
2025
31 Ogos 2025
Lulus STR SahajaApril sehingga Disember
2025
31 Ogos 2025

Baki amaun kredit MYKASIH dalam MyKad penerima yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, boleh digunakan sepanjang tahun dan SAH sehingga akhir tahun 2025.

CARA SEMAK BAKI DUIT MYKASIH DALAM KAD PENGENALAN

Baki dan Maklumat Bayaran boleh disemak secara online seperti berikut:

KAEDAH SEMAKANPAUTAN
Portal Rasmi SARAhttps://sara.gov.my/
Aplikasi MyKasihhttps://mykasih.com.my/mykasih-app/

Semakan di Portal Rasmi SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Semakan di Aplikasi MyKasih :

  1. Muat turun (Dowload) aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
    • Google Play (Bagi pengguna Android);
    • App Store (Bagi pengguna iOS);
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Maklumat Pembayaran SARA akan dipaparkan.
  8. Selesai.

SEMAK SENARAI BARANG LULUS GUNA DUIT DALAM KAD PENGENALAN

14 Kategori Barangan MyKasih 2025 adalah seperti berikut:

  • Beras;
  • Roti;
  • Telur;
  • Minyak Masak;
  • Tepung;
  • Biskut;
  • Mee segera;
  • Minuman;
  • Makanan dalam tin;
  • Bahan perasa;
  • Produk Kebersihan Rumah;
  • Produk Kebersihan;
  • Ubat-ubatan;
  • Barangan Sekolah.

SEMAK SENARAI KEDAI LULUS PEMBELIAN GUNA KAD PENGENALAN

Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan di lebih daripada 7,300 kedai runcit berdaftar termasuk beberapa kedai besar seperti:

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store

Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH

CARA GUNA DUIT DALAM KAD PENGENALAN

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYKASIH 2025:

  1. Apa itu MYKASIH?
    • MYKASIH adalah bantuan yang disalurkan secara cashless melalui MyKad untuk membantu golongan yang memerlukan membeli barangan keperluan asas.
  2. Adakah perlu memohon MYKASIH?
    • Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data dalam Sistem eKasih dan lulus STR 2025 bagi kategori Miskin Tegar dan Miskin, atau lulus STR 2025 bagi kategori bukan eKasih.
  3. Adakah MYKASIH boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. MYKASIH hanya boleh digunakan khusus untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan IC/MYKAD.
  4. Apakah barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit MYKASIH?
    • Anda boleh membeli barangan keperluan asas yang berlabel MyKasih di premis runcit yang berdaftar.
  5. Adakah barang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan kredit MYKASIH?
    • Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment