SEMAK BAKI BUDI95 YANG BOLEH DIGUNAKAN 2026
BUDI95 iaitu Bantuan Subsidi Minyak RON95 yang mana rakyat Malaysia yang mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM) boleh mendapatkan minyak RON95 dengan harga RM1.99 / seliter berbanding harga semasa kini RM3.87 / seliter. Namun, ianya terhad kepada 200 liter sahaja sebulan.
Bagaimanakah semak baki Budi95? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK TUNTUTAN MYSALAM 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TUNTUT
HAD LITER BUDI95
Sebelum ini kerajaan memberikan had subsidi BUDI95 sebanyak 300 liter sebulan. Namun berdasarkan rekod penggunaan BUDI95, rata-rata rakyat Malaysia hanya menggunakan subsidi tersebut tidak lebih dari 200 liter sebulan.
| HAD LITER BUDI95 (SEBELUM) | HAD LITER BUDI95 (TERBARU) |
|---|---|
| 300 liter sebulan | 200 liter sebulan |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BUDI95
Tidak semua rakyat Malaysia layak menerima Subsidi BUDI RON95, kerana ianya diberikan terhad kepada rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 16 tahun dan ke atas |
| Pemilikan Lesen Memandu | Mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah dan aktif |
| Tahap Pendapatan | Tiada had pendapatan (terbuka kepada B40, M40 dan T20) |
SEMAK BAKI BUDI95
Sekiranya anda telah menggunakan Subsidi BUDI95 untuk pengisian minyak petrol RON95, anda boleh mengetahui berapa baki liter yang masih ada dan boleh digunakan dengan membuat semakan di laman web rasmi seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi BUDI MADANI RON95 di sini : https://www.budi95.gov.my/landing.
- Halaman utama BUDI MADANI RON95 akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Semak Kelayakan Individu].
- Masukkan Nombor MyKad anda.
- *Tanpa <jarak> dan tanpa tanda sengkang (-).
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Status kelayakan dan baki BUDI95 anda akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BAKI BUDI95
Berikut merupakan cara guna Subsidi BUDI RON95 yang penerima yang layak mendapatkan minyak petrol RON95 dengan harga RM1.99 seliter :
- Kunjungi Stesen Minyak terdekat anda.
- Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima.
- Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
- Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
- Masukkan amaun yang anda ingin isi.
- Kemudian, bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
- Isi minyak RON95 seperti biasa.
- Selesai.
INFO LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan atau informasi lebih lanjut berkaitan Subdsidi BUDI Ron95, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel yang rasmi seperti tertera di bawah :
- Talian BUDI95 : 1300 88 9595
- Talian Whatsapp BUDI95 : 03 2631 4595
- E-mel BUDI95 : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.budi95.gov.my/landing.