SEMAK ASAS RAHMAH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad secara bulanan kepada penerima yang layak kini diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak berbanding tahun sebelum ini hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia.
Bagaimanakah semak layak atau tidak bantuan asas rahmah sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CHECK PLKN ONLINE 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
MANFAAT BANTUAN ASAS RAHMAH SARA
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM200 / RM150 / RM100 / RM50 pada setiap bulan melalui MyKad mereka untuk membeli 13 Kategori produk barangan keperluan asas yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di rangkaian rakan runcit (pasaraya / kedai) yang terpilih.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
Penerima Sedia Ada (0.7 Juta Penerima)
- Berstatus Miskin/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Kategori – Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang;
Penerima Baharu (4.7 Juta Penerima)
- Bukan eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Kategori – Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan;
AMAUN BULANAN BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
PENERIMA SARA SEDIA ADA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA SARA BAHARU (LULUS STR & BUKAN EKASIH) |
---|---|
Isi Rumah RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) | Isi Rumah RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) | Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang RM50/bulan (bermula Januari – Disember) | – |
SEMAK PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH SARA
Semakan bantuan boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan; dan
- Status Kelayakan Penerima
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara