SARA SYSTEM DOWN – CARA BAYAR & SEMAK STATUS – MUDAH & CEPAT

SARA SYSTEM DOWN – CARA BAYAR & SEMAK STATUS – MUDAH & CEPAT

Meskinpun Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dibayar secara sekaligus (one-off) pada 31 Ogos 2025. Namun, penerima tidak perlu risau kerana ianya akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.

Bagaimanakah cara bayar dan semak status SARA system down? Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN RM100 MYKAD TERBARU – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SARA SYSTEM DOWN

Oleh kerana ramai yang menggunakan bayaran Bantuan SARA untuk pembelian barang keperluan asas pada waktu yang sama, system down (sistem tergendala) untuk sementara waktu dan sedang dibaikpulih.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali dan pihak Kerajaan MADANI berusaha untuk mengendalikan dan membaikpulih kembali system SARA agar dapat digunakan oleh semua penerima dalam masa terdekat.

TEMPOH GUNA SARA

Bagi mengelakkan berlakunya system down (sistem tergendala), penerima boleh menggunakan bayaran SARA selama tempoh berikut :

TARIKH MULA PROGRAM SARATARIKH AKHIR PROGRAM SARA
31 Ogos 2025, Ahad31 Disember 2025, Rabu

CARA BAYAR SARA SYSTEM MUDAH & CEPAT

Untuk bayaran menggunakan sistem SARA yang mudah dan cepat, ikuti panduan berikut :

  1. Pergi ke kedai runcit atau pasaraya yang terpilih berhampiran anda.
  2. Pilih barang keperluan asas yang ingin dibeli (rujuk label SARA pada rak tanda harga).
  3. Pergi ke kaunter yang menerima bayaran SARA.
  4. Beritahu juruwang ingin membuat bayaran guna Bantuan SARA.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan yang dipilih.
  7. Pembayaran akan disahkan menggunakan sentuhan MyKad.
  8. Resit bayaran akan diberikan.

SEMAK STATUS SARA MUDAH & CEPAT

Berikut merupakan cara semak status kelayakan SARA yang mudah dan cepat :

  1. Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
  2. Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
  3. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  4. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Pilih [Penghargaan SARA One-Off] atau [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  6. Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
  7. Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
  8. Kemudian, klik butang [CONTINUE].
  9. Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status duit dalam IC.
  10. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  11. Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
  12. Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
  13. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  14. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA

Antara soalan lazim (faq) yang sering dipersoal berkaitan Bantuan SARA adalah seperti berikut :

  1. Adakah sistem SARA akan mengambil masa yang lama untuk dibaikpulih?
    • Biasanya ia tidak mengambil masa yang lama untuk dibaikpulih.
  2. Adakah semua kedai mengalami system down?
    • Ya semua kedai runcit dan pasar raya yang berdaftar di bawah SARA.
  3. Sehingga bilakah Bantuan SARA boleh digunakan?
    • Bantuan SARA boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
  4. Adakah baki Bantuan SARA akan dibawa ke bulan seterusnya?
    • Ya, baki Bantuan SARA yang ada dalam MyKad akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

RUJUKAN

Semua maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah diperoleh daripada Laman Portal Rasmi SARA (MyKasih). Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan Bantuan SARA One-Off, sila rujuk pihak MyKasih seperti berikut :

Leave a Comment