SARA STR DALAM MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SARA STR DALAM MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Daripada 8.5 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), hanya 5.4 juta sahaja penerima yang berkelayakan untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 dengan kadar peruntukan sebanyak RM13 billion.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima SARA STR dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH PEMBAYARAN DUIT STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

APA ITU SARA STR DALAM MYKAD 2025

SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan bantuan tambahan kepada bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikreditkan ke dalam MyKad bagi membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas rakyat pada setiap bulan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA STR DALAM MYKAD 2025

Semak status layak atau tidak sebagai penerima Bantuan SARA dalam MyKad seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

NILAI SARA STR KREDIT DALAM MYKAD 2025

Berikut merupakan nilai Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad :

  • Penerima STR Daftar e-Kasih :
    • Isi Rumah akan menerima Bantuan SARA dalam MyKad sebanyak RM100 – RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun.
    • Warga Emas akan menerima Bantuan SARA dalam MyKad sebanyak RM100 – RM150 setiap bulan sehingga RM1,650 setahun.
    • Bujang akan menerima Bantuan SARA dalam MyKad sebanyak RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
  • Penerima STR Bukan e-Kasih :
    • Isi Rumah akan menerima Bantuan SARA dalam MyKad sebanyak RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun.
    • Warga Emas akan menerima Bantuan SARA dalam MyKad sebanyak RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun.

TARIKH KREDIT SARA STR DALAM MYKAD 2025

Pengkreditan Bantuan SARA dalam MyKad adalah mengikut tarikh berikut :

  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)9
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

SEMAK KREDIT SARA STR DALAM MYKAD 2025

Status kredit Bantuan SARA dalam MyKad perlu disemak secara online melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
    • Google Play (Bagi pengguna Android); atau
    • App Store (Bagi pengguna iOS).
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Status Kredit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment