SARA STR DALAM IC : (2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pelbagai usaha kerajaan bagi memastikan rakyat menerima bantuan sewajarnya dengan menyediakan bantuan tambahan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 4.7 juta penerima STR yang tidak tersenarai dalam sistem eKasih.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima sara str dalam ic 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BAYARAN SARA MYKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU SARA STR DALAM IC
Bermula April 2025, kerajaan telah menyediakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
Bantuan tambahan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima, khusus untuk penerima gunakan bagi membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).
SIAPAKAH LAYAK SARA STR DALAM IC 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA bukan eKasih terbaru 2025:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan;
- BUKAN dari kategori Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.
KADAR BAYARAN SARA STR DALAM IC 2025
Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terkini 2025 bermula April – Disember 2025 adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA (BUKAN EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (April – Disember) | RM 900 Setahun |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM50/bulan (April – Disember) | RM 450 Setahun |
SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SARA STR DALAM IC 2025
Status Layak atau Tidak Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi kategori bukan eKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semakan di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semakan di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA DUIT SARA STR 2025
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan (berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara