SARA RM100 UNTUK SEMUA : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SARA RM100 UNTUK SEMUA : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Demi menghargai rakyat Malaysia terutamanya golongan dewasa, Kerajaan MADANI mewujudkan Bantuan SARA Untuk Semua yang memperuntukan sebanyak RM2 billion yang akan disalurkan sekaligus setiap seorang sebanyak RM100.

Bagaimanakah semakan status kelayakan SARA RM100 Untuk Semua? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN RM100 IC : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN SEKARANG

CARA PENERIMAAN SARA RM100 UNTUK SEMUA

Semua penerima akan menerima Bantuan SARA RM100 melalui cara berikut :

  • Dikreditkan secara tanpa tunai automatik terus ke dalam kad pengenalan (MyKad) semua penerima skaligus (one-off).

MANFAAT SARA RM100 UNTUK SEMUA

Antara manfaat Bantuan SARA Untuk Semua adalah penerima boleh memilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli dengan menggunakan MyKad :

  • Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).

TARIKH PENERIMAAN SARA RM100 UNTUK SEMUA

Semua penerima akan menerima Bantuan SARA RM100 bermula pada tarikh berikut :

JENIS BANTUANTARIKH PENERIMAAN
SARA Untuk Semua31 Ogos 2025 (Ahad)

KELAYAKAN PENERIMA SARA RM100 UNTUK SEMUA

Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan SARA Untuk Semua :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Status berkahwin atau bujang;
  • Tiada had pendapatan.

SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA RM100 UNTUK SEMUA

Sebarang semakan kelayakan status penerima Bantuan SARA Untuk Semua hanya boleh dilakukan bermula 21 Ogos 2025 dan mengikut panduan berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my.

Leave a Comment