SARA RM100 SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG!
Ucapan penghargaan oleh YAB Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia bahawa Kerajaan MADANI akan menyalurkan sebanyak RM100 setiap seorang rakyat di bawah Program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bagaimanakah semak status kelayakan SARA RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH SARA SEMAKAN RM100 – SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG
CARA TERIMA SARA RM100
Setiap penerima akan menerima Bantuan SARA RM100 melalui cara berikut :
- Penerima Di Semenanjung Malaysia :
- Terima Bantuan SARA RM100 sekaligus (one-off) secara tanpa tunai melalui MyKad.
- Penerima Di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan :
- Terima Bantuan SARA RM100 sekaligus (one-off) secara tanpa tunai melalui MyKad.
TARIKH TERIMA SARA RM100
Semua penerima yang layak akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-off (sekaligus) dalam MyKad pada 31 Ogos 2025 (Ahad) dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja sebelum tamat tempoh.
SYARAT KELAYAKAN SARA RM100
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA RM100 :
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
SARA RM100 SEMAK STATUS KELAYAKAN
Untuk mengetahui status kelayakan yang tepat, ikuti cara semak status seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 di sini : https://sara.gov.my.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila klik [Semak Kelayakan] untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Mykad anda pada ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA RM100
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan Bantuan SARA RM100 :
J : Penerima boleh menggunakannya pada bila-bila masa bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.
J : Ya. Baki Bantuan SARA yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan lagi sebelum 31 Disember 2025.
J : Ya. Pembelian adalah terhad sebanyak RM100 sahaja bagi 14 kategori produk yang diluluskan.
J : Penerima perlu segera hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhampiran bagi urusan penggantian MyKad baharu.