SARA RAHMAH SEMAKAN 2025 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Program Bantuan Sara Rahmah diberi peruntukan sehingga RM15 billion untuk disalurkan setiap bulan kepada 5.4 juta rakyat yang merupakan golongan memerlukan bagi meningkatkan taraf ekonomi. Disamping itu juga, Kerajaan menyalurkan tambahan Bantuan Sara Rahmah kepada 22 juta rakyat dewasa sebagai tanda penghargaan.
Bagaimanakah semakan kelayakan Sara Rahmah? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN RAHMAH RM100 IC : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
KAEDAH BAYARAN SARA RAHMAH 2025
Bayaran Bantuan Sara Rahmah adalah dilaksanakan melalui kaedah berikut :
- Bayaran Setiap Bulan :
- Dibayar setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan 5.4 juta penerima yang berstatus miskin dan miskin tegar daftar STR dan eKasih.
- Bayaran Sekaligus (One-Off) :
- Dibayar sekaligus (one-off) secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan 22 juta rakyat Malaysia (termasuk penerima sedia ada).
JUMLAH BAYARAN SARA RAHMAH 2025
Bayaran Bantuan Sara Rahmah pada setiap bulan dan sekaligus adalah berbeza jumlah seperti berikut :
- Jumlah Bayaran Sara Rahmah Setiap Bulan :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SARA (DAFTAR STR & EKASIH) | JUMLAH BAYARAN SARA (DAFTAR STR SAHAJA) |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM100 – RM200 | RM100 |
WARGA EMAS | RM100 – RM150 | RM50 |
BUJANG | RM50 | – |
- Jumlah Bayaran Sara Rahmah Sekaligus (One-Off) :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SARA (SEMUA RAKYAT DEWASA) |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 (Suami) RM100 (Isteri) |
WARGA EMAS | RM100 |
BUJANG | RM100 |
TARIKH BAYARAN SARA RAHMAH 2025
Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan Sara Rahmah sepanjang tahun 2025 :
JENIS PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN SARA |
---|---|
Setiap bulan | 15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
Sekaligus (One-off) | 31/08/2025 (Ahad) |
SARA RAHMAH SEMAKAN 2025
Untuk mengetahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Sara Rahmah, ikuti panduan semakan berikut L
- Sila layari laman Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SARA RAHMAH
Berikut merupakan soalan-soalan lazim (FAQ) berkaitan Bantuan Sara Rahmah :
- Siapakah layak terima Bantuan Sara Rahmah?
- Pemegang MyKad yang merupakan Warganegara Malaysia serta menepati kriteria yang ditetapkan.
- Bilakah boleh guna Bantuan Sara Rahmah?
- Boleh digunakan bila-bila masa sebelum tamat tempoh pada 31 Disember 2025.
- Bagaimanakah cara mohon Bantuan Sara Rahmah?
- Tidak perlu memohon kerana ianya diberikan secara automatik kepada yang layak.
- Adakah Bantuan Sara Rahmah boleh dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. Hanya boleh menggunakannya untuk beli barangan tanpa tunai (cashless).
- Adakah kanak-kanak juga menerima Bantuan Sara Rahmah?
- Tidak. Hanya golongan dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.
RUJUKAN
Informasi yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan SARA (MyKasih). Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA Rahmah, rujuk pihak berwajib melalui talian berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]