SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH – SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH 2025

SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH – SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH 2025

Pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, untuk perbelanjaan barang keperluan asas secara bulan kini memasuki pembayaran bulan Oktober dan mula disalurkan ke dalam MyKad penerima yang layak.

Bagaimanakah semakan bantuan sara rahmah 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MANFAAT BUDI95 : SEMAKAN STATUS SUBSIDI PETROL RON95

SARA RAHMAH

APA PERBEZAAN PENGHARGAAN SARA RM100 ONE OFF DAN SARA BULANAN?

Perbezaan antara Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 one-off dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan adalah seperti berikut :

SUMBANGAN ASAS RAHMAH
(SARA)

RM100 ONE-OFF SUMBANGAN ASAS RAHMAH
(SARA)
BULANAN
Bantuan Khas Kerajaan Sempena Sambutan Hari KebangsaanBantuan lanjutan daripada Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sekali Bayaran (ONE-OFF)Bayaran Setiap Bulan
Kadar Bayaran
RM100 Sekali Bayar
Kadar Bayaran antara
RM50 sehingga RM200 sebulan
(bergantung kepada kategori penerima)
Dilaksanakan Pada 31 Ogos 2025Dilaksanakan bermula
April sehingga Disember 2025
Semua Warganegara berusia 18 tahun dan ke atasPenerima STR dan berstatus Miskin Tegar dalam Sistem eKasih
Semua KategoriKategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan

APA ITU MYKASIH FOUNDATION?

MyKasih Foundation merupakan pertubuhan Non-Organization (NGO) tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk membantu Isi Rumah kurang berkemampuan (miskin) dan pelajar melalui program bantuan makanan dan biasiswa.

Pelaksanaan bantuan ini adalah menggunakan MyKad (Kad Pengenalan) sebagai medium penyaluran secara tanpa tunai (cashless), sekali gus memastikan proses lebih selamat, telus dan berkesan. Penerima yang disahkan layak boleh membeli barangan asas di runcit terpilih termasuk seperti Mydin, Giant dan Econsave dengan menggunakan MyKad.

Program ini turut disokong oleh Pihak Kerajaan, agensi zakat, serta sektor swasta melalui kerjasama bersama untuk menyediakan bantuan kepada golongan memerlukan.

KADAR BANTUAN SARA RAHMAH

Amaun bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM)KADAR BAYARAN BULANAN
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM2,100RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
Bujang (STR & eKasih)RM600RM50 (Januari – Disember)
Isi Rumah (STR sahaja)RM900RM100 (April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja)RM450RM50 (April – Disember)

SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH

Status Kelayakan boleh disemak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

SENARAI BARANGAN SARA RAHMAH LAYAK

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masa
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan
  • Barangan kebersihan rumah

SENARAI KEDAI

Penerima boleh dapatkan barangan asas di lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk pasar raya besar seperti:

  • Mydin;
  • Giant;
  • Econsave;
  • 99 Speedmart;
  • Lotus Stores (Tesco)

Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

CARA MENGGUNAKAN / TEBUS

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2025

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:

  1. Adakah perlu daftar permohonan baharu?
    • Tidak, Kelayakan penerima SARA adalah secara automatik jika anda lulus STR, dan memenuhi syarat kelayakan bantuan.
  2. Siapa yang layak menerima SARA?
    • Semua penerima STR yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima SARA secara automatik melalui MyKad.
  3. Bagaimana cara guna bantuan dalam MyKad?
    • Kunjungi Kedai Berdaftar dan pilih barangan keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA, kemudian bayar barangan tersebut menggunakan MyKad anda.
  4. Adakah bantuan boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai?
    • Tidak boleh. Kredit bantuan hanya dibenarkan untuk pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad.
  5. Bagaimana jika semakan menunjukkan tidak layak?
    • Anda boleh membuat rayuan di Portal STR, serta mengesahkan kelayakan semula dengan pihak berwajib dalam tempoh masa yang ditetapkan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment