SARA MYKASIH DALAM IC : (2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SARA MYKASIH DALAM IC : (2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dalam IC (kad pengenalan) dikreditkan hanya satu (1) kali sahaja dalam sebulan dan bukanlah dikreditkan setiap hari dalam sebulan. Namun, ianya boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja dalam sebulan.

Bagaimanakaha semakan status kelayakan SARA MyKasih dalam IC? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK SARA ONLINE : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

TARIKH PENGKREDITAN SARA MYKASIH DALAM IC

Bantuan SARA MyKasih dikreditkan dalam IC (Kad Pengenalan) penerima sekali sahaja setiap bulan mengikut pada tarikh berikut :

  • 15 Januari 2025 (Rabu).
  • 1 Februari 2025 (Sabtu).
  • 1 Mac 2025 (Sabtu).
  • 1 April 2025 (Selasa).
  • 1 Mei 2025 (Khamis).
  • 1 Jun 2025 (Ahad).
  • 1 Julai 2025 (Selasa).
  • 1 Ogos 2025 (Jumaat).
  • 1 September 2025 (Isnin).
  • 1 Oktober 2025 (Rabu).
  • 1 November 2025 (Sabtu).
  • 1 Disember 2025 (Isnin).

JUMLAH PENGKREDITAN SARA MYKASIH DALAM IC

Berikut merupakan jumlah Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan dalam IC (Kad Pengenalan) penerima pada setiap bulan :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM200 sebulan.
    • Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM100 sebulan.
  • KATEGORI WARGA EMAS :
    • Warga Emas Miskin & Miskin Tegar : RM150 sebulan.
    • Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM50 sebulan.
  • KATEGORI BUJANG :
    • Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM50 sebulan.
    • Bujang Asas Bukan Miskin : -.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA MYKASIH DALAM IC

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA MyKasih, ikuti panduan semakan secara online seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAKAN BAKI SARA MYKASIH DALAM IC

Baki Bantuan SARA MyKasih yang ada dalam IC boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dalam IC akan dipaparkan.
  8. Selesai.

SENARAI BARANG SARA MYKASIH YANG BOLEH DIBELI GUNA IC

Hanya barangan yang disenaraikan berikut sahaja boleh dibeli menggunakan IC :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  • Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  • Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  • Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
  • Produk kebersihan rumah (Kategori baharu) : Top / Daia / Sunlight dan sebagainya.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment