SARA MYKASIH 2025 CARA SEMAK : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Seramai 5.4 juta rakyat dewasa di Malaysia disahkan ‘Layak’ untuk menerima Program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih pada setiap bulan sehingga ke penghujung tahun 2025 dengan kadar yang disalurkan mengikut status kelayakan penerima.
Bagaimanakah SARA MyKasih cara semak status kelayakan penerima? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN RM100 ONE OFF DALAM IC : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
KADAR BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Bantuan SARA MyKasih dibayar dengan kadar sebanyak berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR BANTUAN SARA MYKASIH |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar | RM100 – RM200 setiap bulan hingga RM2,100 setahun |
| Isi Rumah Asas Bukan Miskin | RM100 setiap bulan hingga RM900 setahun |
- KATEGORI WARGA EMAS :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | KADAR BANTUAN SARA MYKASIH |
|---|---|
| Warga Emas Miskin & Miskin Tegar | RM100 – RM150 setiap bulan hingga RM1,650 setahun |
| Warga Emas Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan hingga RM450 setahun |
- KATEGORI BUJANG :
| KELAYAKAN BUJANG | KADAR BANTUAN SARA MYKASIH |
|---|---|
| Bujang Miskin & Miskin Tegar | RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
| Bujang Asas Bukan Miskin | – |
TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH 2025
Bayaran Bantuan SARA MyKasih adalah mengikut tarikh berikut :
| PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN |
|---|---|
| 15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
SARA MYKASIH 2025 CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Ikuti cara semak status kelayakan sebagai penerima SARA MyKasih seperti berikut :
- Layari laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih).
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- *Format tanpa sengkang (-) Kad Pengenalan (Contoh : 700230112345).
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA BAYARAN SARA MYKASIH 2025
Setiap penerima akan menerima bayaran SARA MyKasih melalui cara berikut :
| NEGERI PENERIMA | CARA BAYARAN SARA MYKASIH |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Dibayar secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima pada setiap bulan |
| Sabah, Sarawak dan Labuan | Dibayar secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima pada setiap bulan |
SARA MYKASIH 2025 CARA SEMAK BAKI BANTUAN
Oleh kerana Bantuan SARA MyKasih dikreditkan dalam kad pengenalan, baki yang ada hanya boleh disemak seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.