SARA EKASIH DALAM MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pada awal pemberian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kerajaan hanya memberikan kepada golongan yang tersenarai dalam rekod data eKasih sahaja. Namun kini, kerajaan telah memperluaskan pemberian kepada individu yang tidak tersenarai dalam rekod data eKasih.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima SARA eKasih dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS EKASIH ONLINE : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
JUMLAH PENERIMA SARA EKASIH DALAM MYKAD 2025
Keseluruhan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad adalah seramai 5.4 juta merangkumi jumlah berikut :
- 700,000 ribu penerima SARA yang daftar e-Kasih.
- 4.7 juta penerima SARA yang tidak berdaftar e-Kasih.
KADAR BAYARAN SARA EKASIH DALAM MYKAD 2025
Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada setiap penerima :
Bayaran SARA Kepada Penerima Daftar eKasih :
- Isi Rumah dibayar sebanyak RM2,100 setahun :
- RM100 (3 bulan) dan RM200 (9 bulan).
- Warga Emas dibayar sebanyak RM1,650 setahun :
- RM100 (3 bulan) dan RM150 (9 bulan).
- Bujang dibayar sebanyak RM600 setahun :
- RM50 (12 bulan).
Bayaran SARA Kepada Penerima Bukan eKasih :
- Isi Rumah dibayar sebanyak RM900 setahun :
- RM100 (9 bulan).
- Warga Emas dibayar sebanyak RM450 setahun :
- RM50 (9 bulan).
TARIKH BAYARAN SARA EKASIH DALAM MYKAD 2025
- Penerima SARA Daftar eKasih akan menerima bayaran setiap bulan selama tempoh 12 bulan mengikut pada tarikh berikut :
- 15 Januari 2025
- 1 Februari 2025
- 1 Mac 2025
- 1 April 2025
- 1 Mei 2025
- 1 Jun 2025
- 1 Julai 2025
- 1 Ogos 2025
- 1 September 2025
- 1 Oktober 2025
- 1 November 2025
- 1 Disember 2025.
- Penerima SARA Bukan eKasih pula akan menerima bayaran setiap bulan selama tempoh 9 bulan mengikut pada tarikh berikut :
- 1 April 2025
- 1 Mei 2025
- 1 Jun 2025
- 1 Julai 2025
- 1 Ogos 2025
- 1 September 2025
- 1 Oktober 2025
- 1 November 2025
- 1 Disember 2025
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA EKASIH DALAM MYKAD 2025
Ikuti Panduan Semakan Status Kelayakan Penerima Bantuan SARA :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Ikuti Panduan Semakan Status Pendaftaran eKasih :
- Sila layari portal rasmi eKasih di sini : https://ekasih2.icu.gov.my.
- Halaman portal eKasih akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, masukkan kod kaptcha mengikut yang diberikan dengan betul.
- Klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- Talian eKasih : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.