SARA EKASIH 2025 SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SARA EKASIH 2025 SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Bagi rakyat yang mendaftarkn diri di bawah Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) akan layak untuk menerima pelbagai bentuk bantuan daripada kerajaan, termasuk Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang dibayar sehingga RM2,100 setahun.

Bagaimanakah SARA eKasih semakan penerima layak? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH : SEMAK SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SYARAT LAYAK SARA EKASIH 2025

Berikut merupakan syarat layak Bantuan SARA eKasih :

Kelayakan SARA :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

Kelayakan eKasih :

  • Warganegara Malaysia;
  • Ketua Isi Rumah (KIR);
  • Pendapatan Isi Rumah bawah garis kemiskinan (PGK) semasa.

SARA EKASIH 2025 SEMAKAN

Ketahui status pendaftaran eKasih anda mengikut panduan semakan berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Ketahui juga status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan SARA mengikut semakan berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

KADAR KREDIT SARA EKASIH 2025

Bayaran Bantuan SARA kepada yang daftar eKasih :

  • RM2,100 setahun kepada ketua isi rumah;
  • RM1,650 setahun kepada warga emas; dan
  • RM600 setahun kepada bujang.

*Nota : Bagaimanapun, Bantuan SARA diberikan juga kepada rakyat yang tidak berdaftar dengan eKasih.

Bayaran Bantuan SARA kepada yang bukan eKasih :

  • RM900 setahun kepada ketua isi rumah; dan
  • RM450 setahun kepada warga emas.

TARIKH KREDIT SARA EKASIH 2025

Pengkreditan Bantuan SARA adalah pada setiap bulan mengikut tarikh berikut :

  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment