SARA DALAM MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Bantuan one-off di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan disalurkan kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak sara dalam mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK SARA ONLINE 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM100
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA DALAM MYKAD
Kelayakan penerima SARA STR 2025, untuk setiap bulan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
SARA ONE-OFF sebanyak RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia berusia 18 tahun ke atas, secara individu dan akan dilaksanakan pada 31 Ogos 2025.
KADAR BAYARAN SARA DALAM MYKAD
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan dalam MyKad penerima adalah seperti berikut:
- Penerima Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM2,100 Setahun RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 Setahun RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM600 Setahun RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Penerima Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM900 Setahun RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 Setahun RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Tambahan SARA ONE-OFF (SEKALI BAYAR) sebanyak RM100 akan disalurkan terus kepada setiap penerima melalui MyKad pada 31 Ogos 2025.
MANFAAT SARA DALAM MYKAD
Bantuan SARA RM100 ONE-OFF atau SARA STR yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan oleh penerima di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program SARA seperti makanan asas, makanan dan minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
CARA SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SARA DALAM MYKAD
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semakan di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semakan di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Penerima sedia ada SARA STR boleh membuat semakan status kelayakan bayaran bulanan pada bila-bila masa. Bagi bantuan SARA ONE-OFF RM100 pula, kelayakan boleh disemak mulai 21 Ogos 2025.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA RM100 UNTUK SEMUA
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:
- Siapa layak menerima SARA RM100 UNTUK SEMUA?
- SARA RM100 akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, secara INDIVIDU, termasuk penerima sedia ada SARA dan bukan penerima SARA.
- Bagaimanakah cara mohon RM100 UNTUK SEMUA?
- SARA RM100 akan disalurkan secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan.
- Bila boleh guna SARA RM100 dalam MyKad?
- Bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
- Adalah SARA RM100 boleh dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. Hanya untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara