SARA BULANAN BUJANG : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN DALAM IC RM50 SETIAP BULAN FASA 1 2026
Kira-kira 3.1 juta individu Bujang yang disenaraikan sebagai penerima Bantuan SARA Bulanan adalah meliputi status belum berkahwin, balu (kematian pasangan) dan duda / janda (bercerai) serta tiada anak.
Bagaimanakah semak kelayakan SARA Bulanan Bujang? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : AMAUN DUIT BAYARAN STR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN BANTUAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK FASA 1
KELAYAKAN PENERIMA SARA BUJANG
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan SARA untuk kategori bujang :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had umur | Biasa : 21 hingga 59 tahun OKU : 19 tahun ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang belum berkahwin Balu / Duda / Janda (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 atau Bawah Garis Kemiskinan (PGK) |
| Permohonan STR 2026 | Lulus |
CARA TERIMA SARA BULANAN
Semua individu bujang akan terima bayaran Bantuan SARA dengan cara yang sama seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | CARA TERIMA BAYARAN |
|---|---|
| Bujang | Terima secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan diri (IC) |
JUMLAH SARA BULANAN BUJANG
Jumlah Bantuan SARA akan dikreditkan kepada individu bujang mengikut kelayakan seperti berikut :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN SARA |
|---|---|
| Bujang Pendapatan Bawah RM2,500 | RM50 setiap bulan x 12 bulan = RM600 setahun |
| Bujang Pendapatan Bawah Garis PGK | RM100 setiap bulan x 12 bulan = RM1,200 setahun |
TARIKH KREDIT SARA BULANAN UNTUK BUJANG
Individu bujang akan menerima Bantuan SARA setiap bulan mengikut tarikh yang tertera dalam jadual di bawah :
| TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| 16 Januari 2026 | RM50 & RM100 |
| 01 Februari 2026 | RM50 & RM100 |
| 01 Mac 2026 | RM50 & RM100 |
| 01 April 2026 | RM50 & RM100 |
| 01 Mei 2026 | RM50 & RM100 |
| 01 Jun 2026 | RM50 & RM100 |
| 01 Julai 2026 | RM50 & RM100 |
| 01 Ogos 2026 | RM50 & RM100 |
| 01 September 2026 | RM50 & RM100 |
| 01 Oktober 2026 | RM50 & RM100 |
| 01 November 2026 | RM50 & RM100 |
| 01 Disember 2026 | RM50 & RM100 |
SEMAK KELAYAKAN SARA BULANAN
Bermula 15 Januari 2026, individu bujang boleh membuat semakan kelayakan mengikut panduan seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
- Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
- [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
- [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
- Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100One-off].
- Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
- Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 900129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan seperti contoh di bawah :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 16/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 100.00 |
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang Bantuan SARA Bulanan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.