SARA BANTUAN ONE OFF 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Sebanyak RM2 billion peruntukan diluluskan oleh Kerajaan MADANI untuk disalurkan kepada 22 juta rakyat dewasa Malaysia melalui Program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-off yang dapat digunakan untuk beli barang-barang keperluan asas.
Ketahui kelayakan dan maklumat lanjut berkaitan SARA One-off di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN MYKASIH RM300 (SEMAKAN KELAYAKAN & BAYARAN)

APA ITU SARA ONE OFF?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan secara sekaligus (One-off) adalah merupakan sebuah program bantuan tambahan yang disalurkan kepada semua rakyat dewasa Malaysia sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada rakyat.
SIAPA YANG LAYAK?
SARA One-off hanya diberikan kepada yang memenuhi syarat dan kriteria kelayakan sahaja. Berikut merupakan syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan :
SYARAT KELAYAKAN | KRITERIA PENERIMA |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Had Umur | 18 tahun dan ke atas |
Kadar Pendapatan | Tidak mengira pendapatan |
JUMLAH BAYARAN SARA BANTUAN ONE OFF
Jumlah bayaran SARA One-off adalah sama kepada setiap kategori penerima. Berikut merupakan jumlah bayaran kepada setiap kategori penerima :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SARA ONE-OFF |
---|---|
Bujang | RM100 setiap seorang |
Isi Rumah | RM100 suami + RM100 isteri |
Warga Emas | RM100 setiap seorang |
TARIKH BAYARAN SARA BANTUAN ONE OFF 2025
SARA One-off telah dikreditkan dan boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut tarikh berikut :
TARIKH MULA KREDIT SARA ONE-OFF | TARIKH AKHIR GUNA SARA ONE-OFF |
---|---|
31 Ogos 2025 (Ahad) | 31 Disember 2025 (Rabu) |
CARA KREDIT & GUNA SARA ONE OFF
Bantuan SARA dikreditkan secara tanpa tunai melalui akaun MyKad penerima dan boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas mengikut cara berikut :
- Pergi ke kedai runcit / pasar mini / pasar raya terpilih SARA.
- Ambil barang keperluan yang ada label ‘SARA’.
- Pergi ke kaunter yang terima bayaran SARA.
- Berikan MyKad kepada juruwang.
- Juruwang akan imbas barang yang dipilih dan sahkan bayaran guna MyKad.
- Resit pembelian akan diberikan.
CARA SEMAK STATUS SARA BANTUAN ONE OFF 2025
Walaupun SARA One-off disalurkan kepada semua rakyat dewasa Malaysia, anda perlu menyemak sama ada anda benar-benar layak atau tidak. Ikuti cara semak status penerima SARA seperti berikut :
- Sila layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
- Halaman utama ‘Penghargaan SARA ‘ akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100 One-off.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 840230112345.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
*Contoh paparan status penerima ‘Layak’ :
Nama Program | Penghargaan SARA |
Status | Layak |
Tarikh Program Bermula | 31/08/2025 |
Tarikh Program Berakhir | 31/12/2025 |
Baki (RM) | 100.00 |
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA ONE OFF
Berikut merupakan beberapa soalan lazim (faq) yang berkaitan SARA One-off :
- Adakah Bantuan SARA hanya dikreditkan dalam MyKad?
- Ya, ianya hanya dikreditkan dalam MyKad penerima sahaja.
- Dimanakah boleh guna SARA One-off?
- Terdapat lebih 7,300 premis yang berdaftar boleh menggunakan Bantuan SARA untuk beli barang keperluan asas.
- Adakah rakyat yang pendapatan atas RM5,000 juga layak?
- Pemberian Bantuan SARA One-off adalah kepada 22 juta rakyat dewasa tanpa mengira jumlah pendapatan.
- Bolehkah Bantuan SARA digunakan untuk bayar bil utiliti?
- Tidak boleh, penerima hanya boleh gunakannya untuk beli barang keperluan asas sahaja.
- Apakah akan terjadi sekiranya penerima tidak menggunakan Bantuan SARA sehingga tamat tempoh?
- Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad akan ditarik balik untuk diberikan kepada rakyat miskin dan miskin tegar pada tahun seterusnya.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan SARA One-off, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).