SARA 2026 RM200 BULANAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BANTUAN MYKASIH RM200 SETIAP BULAN
Sebulan sekali Bantuan SARA / Sumbangan Asas Rahmah akan diagihkan kepada seramai 8.1 juta penerima yang telah disahka status kelayakan ‘Layak’. Agihan pertama telahpun dikreditkan yang berjumlah sehingga RM200 setiap seorang penerima.
Bagaimanakah cara semakan status kelayakan sara RM200 bulanan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
PENGENALAN SARA BULANAN
Bantuan SARA Bulanan iaitu Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan inisiatif kerajaan yang diberikan setiap bulan untuk membantu golongan berpendapatan rendah menampung kos sara hidup bagi pembelian barangan keperluan asas bulanan untuk diri dan keluarga.
JUMLAH AGIHAN SARA BULANAN 2026
Rakyat yang miskin dan bukan miskin akan terima jumlah agihan Bantuan SARA Bulanan yang sepadan dengan kelayakan seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH AGIHAN SARA BULANAN |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin | RM200 x 12 bulan |
| Warga Emas Miskin | RM150 x 12 bulan |
| Bujang Miskin | RM100 x 12 bulan |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 x 12 bulan |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 x 12 bulan |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 x 12 bulan |
KAEDAH AGIHAN SARA BULANAN 2026
Kerajaan telah menetapkan kaedah agihan Bantuan SARA Bulanan kepada setiap penerima yang layak adalah seperti berikut :
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH AGIHAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Agihan secara tanpa tunai melalui pengkreditan automatik ke dalam Kad Pengenalan penerima setiap bulan |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Agihan secara tanpa tunai melalui pengkreditan automatik ke dalam Kad Pengenalan penerima setiap bulan |
JADUAL AGIHAN SARA 2026 RM200 BULANAN
Agihan Bantuan SARA adalah setiap bulan mengikut jadual yang ditetapkan kepada penerima isi rumah, warga emas dan bujang seperti di bawah :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH AGIHAN |
|---|---|
| Isi Rumah & Warga Emas | 9 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
| Bujang | 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA 2026
Rujuk panduan lengkap cara semak kelayakan secara online untuk ketahui status sebagai penerima Bantuan SARA Bulanan di bawah :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Tandakan pada kotak [Verify you are human].
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Bantuan SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
Berikut merupakan contoh paparan status penerima yang layak :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
MAKLUMAT LANJUT
Untuk pertanyaan atau maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA Bulanan, tuan / puan boleh rujuk daripada pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.