SARA 2025 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SARA 2025 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Peningkatan kos sara hidup yang berlaku di seluruh negera pastinya membebankan segelintir rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah. Oleh itu, Kerajaan MADANI memperuntukan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk disalurkan setiap bulan kepada rakyat dewasa di Malaysia yang layak.

Bagaimanakah semakan status kelayakan SARA? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SENARAI BARANGAN BANTUAN MYKASIH : PANDUAN LENGKAP CARA BELI GUNA MYKAD

SENARAI MANFAAT BANTUAN SARA 2025

Antara manfaat yang diperoleh penerima daripada Bantuan SARA adalah :

  • Bantuan SARA dikreditkan setiap bulan secara automatik;
  • Penerimaan Bantuan SARA adalah melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan penerima;
  • Dapat menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, peralatan kebersihan, ubat-ubatan dan barang sekolah;
  • Pembelian adalah secara tanpa tunai yang selamat dengan menggunakan kad pengenalan yang mempunyai nombor PIN;
  • Sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.

JUMLAH SARA 2025 MENGIKUT STATUS KELAYAKAN

  • Penerima Status Miskin & Miskin Tegar (Senarai e-Kasih) :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN SARA
Isi Rumah
(Pasangan / Tunggal ada anak)
RM2,100 setahun
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM1,650 setahun
BujangRM600 setahun
  • Penerima Status Asas Bukan Miskin (Bukan e-Kasih) :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN SARA
Isi Rumah
(Pasangan / Tunggal ada anak)
RM900 setahun
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM450 setahun
Bujang

SARA 2025 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan SARA melalui semakan seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi Bantuan SARA.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  10. Selesai.

TARIKH SUMBANGAN SARA 2025

Sumbangan Bantuan SARA adalah sepanjang tahun mengikut tarikh berikut :

  • Penerima Status Miskin & Miskin Tegar (Senarai e-Kasih) :
    • Disalurkan setiap bulan bermula pada 15 Januari 2025 sehingga 1 Disember 2025.
  • Penerima Status Asas Bukan Miskin (Bukan e-Kasih) :
    • Disalurkan setiap bulan bermula pada 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment