SARA 2025 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Terkini! Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 menunjukkan penambahbaikan ketara berbanding tahun sebelumnya dengan peningkatan peruntukan sebanyak 75% melalui pengkreditan ke dalam MyKad penerima bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia memperoleh barangan keperluan asas dengan lebih mencukupi.
Bagaimanakah semakan status sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN SARA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM100 / RM200 SETIAP BULAN)
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
BILANGAN PENERIMA SARA 2025
Jumlah penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:
PENERIMA SEDIA ADA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA BAHARU (LULUS STR & BUKAN EKASIH) |
---|---|
0.7 Juta Penerima (Kategori Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan) | 4.7 Juta Penerima (Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan) |
SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA 2025 SECARA ONLINE
Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
KADAR BANTUAN SARA 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
- Jumlah Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Setahun (2025)
PENERIMA SEDIA ADA (BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA BAHARU (BUKAN EKASIH) |
---|---|
Isi Rumah : RM 2,100 | Isi Rumah : RM 900 |
Warga Emas Tiada Pasangan : RM 1,650 | Warga Emas Tiada Pasangan : RM 450 |
Bujang : RM 600 | – |
- Amaun Bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025
PENERIMA SEDIA ADA (BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA BAHARU (BUKAN EKASIH) |
---|---|
Isi Rumah RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) | Isi Rumah RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) | Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang RM50/bulan (bermula Januari – Disember) | Bujang – |
CARA KREDIT BAYARAN SARA
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).
13 KATEGORI BARANGAN ASAS SARA
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe)
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang)
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita)
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi)
- Barangan persekolahan (Contoh : Alat tulis, Pakaian Seragam Sekolah, Kasut Sekolah)
CARA TUNTUT BARANGAN ASAS BANTUAN SARA
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
CHECK BAKI DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:
- Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
- Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
- Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara