SARA 2025 CARA SEMAK : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN MYKASIH SARA
Bantuan SARA rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang diperkenalkan sebagai bantuan tambahan bersasar yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup dengan memenuhi keperluan asas rakyat.
Bagaimanakah cara semak status kelayakan penerima bayaran Bantuan MyKasih SARA? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYSALAM SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA MEMOHON & TUNTUTAN ONLINE
CARA AGIHAN BANTUAN SARA 2025
Setiap penerima akan menerima bayaran Bantuan SARA melalui cara berikut :
- Penerima Semenanjung Malaysia :
- Diagihkan secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan (MyKad) pada setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan asas.
- Penerima Sabah dan Sarawak :
- Diagihkan secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan (MyKad) pada setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan asas.
- Semua Rakyat Dewasa Malaysia :
- Disalurkan sekaligus (one-off) melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan (MyKad) khas untuk pembelian barangan keperluan asas.
KADAR BAYARAN BANTUAN SARA 2025
Kadar bayaran Bantuan SARA adalah bergantung kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR BAYARAN BANTUAN SARA |
|---|---|
| Penerima STR dan eKasih | RM100 – RM200 setiap bulan (Tambahan RM100 one-off) sehingga RM2,200 setahun |
| Penerima STR | RM100 setiap bulan (Tambahan RM100 one-off) sehingga RM1,000 setahun |
| Bukan Penerima STR | RM100 one-off |
- KATEGORI WARGA EMAS :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | KADAR BAYARAN BANTUAN SARA |
|---|---|
| Penerima STR dan eKasih | RM100 – RM150 setiap bulan (Tambahan RM100 one-off) sehingga RM1,750 setahun |
| Penerima STR | RM50 setiap bulan (Tambahan RM100 one-off) sehingga RM550 setahun |
| Bukan Penerima STR | RM100 one-off |
- KATEGORI BUJANG :
| KELAYAKAN BUJANG | KADAR BAYARAN BANTUAN SARA |
|---|---|
| Penerima STR dan eKasih | RM50 setiap bulan (Tambahan RM100 one-off) sehingga RM700 setahun |
| Penerima STR | RM100 one-off |
| Bukan Penerima STR | RM100 one-off |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2025
Bayaran Bantuan SARA dalam MyKad adalah pada tarikh berikut :
| JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Penerimaan Setiap bulan | 15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 |
| Penerimaan One-off | 31 Ogos 2025 |
SARA 2025 CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA, ikuti cara semakan berikut :
- Sila layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
- Halaman utama ‘Penghargaan SARA ‘ akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100One-off.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
SARA 2025 CARA SEMAK BAYARAN
Ikuti cara semakan bayaran Bantuan SARA dalam MyKad seperti berikut :
- Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
- Muat turun aplikasi ‘MyKasih’ dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
- Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
- Kemudian, klik butang [CONTINUE].
- Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 800230113567.
- Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
- Status dan Baki Bantuan dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.