RM100 BANTUAN MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

RM100 BANTUAN MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA melalui MyKad menggalakkan rakyat Malaysia untuk berbelanja dengan menggunakan pembayaran secara tanpa tunai dengan lebih mudah dan pantas.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak rm100 bantuan mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN SARA 2025 RM100 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  3. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Catatan: Semua penerima SARA 2025 akan menerima bantuan one-off RM100 yang akan disalurkan secara automatik kepada seluruh rakyat dewasa Malaysia berusia 18 tahun ke atas, tanpa memerlukan sebarang permohonan, mulai 31 Ogos 2025.

KADAR BAYARAN

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan dalam MyKad penerima adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMAAMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMAAMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM50/bulan (bermula April – Disember)

Tambahan SARA ONE-OFF (SEKALI BAYAR) sebanyak RM100 akan disalurkan terus kepada setiap penerima pada 31 Ogos 2025.

RM100 BANTUAN MYKAD

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi SARA; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Semak di Portal SARA:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Semak di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

MANFAAT BANTUAN MYKAD

Bantuan SARA 2025 yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima boleh dibelanjakan bagi mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan untuk memenuhi keperluan harian seperti makanan asas, makanan dan minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan, di lebih 7,300 premis berdaftar diseluruh Negara.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN MYKAD RM100

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan BANTUAN MYKAD 2025:

  1. Apa itu Bantuan MyKad?
    • Bantuan MyKad merupakan bantuan secara tanpa tunai di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan ke dalam MyKad penerima.
  2. Adakah Bantuan MyKad perlu dimohon?
    • Tidak. Kelayakan SARA 2025 adalah secara automatik kepada individu Miskin Tegar dan Miskin eKasih dan semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan melalui MyKad.
  3. Bilakah tarikh luput kredit SARA dalam MyKad?
    • Kredit SARA SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
  4. Adakah SARA boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. SARA hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan MyKad.
  5. Di manakah kedai atau premis runcit yang membolehkan pembelian barangan di bawah Program SARA?
  6. Adakah barang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan kredit SARA?
    • Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment