REGISTER STR TAMBAHAN 2026 : CARA DAFTAR BANTUAN TAMBAHAN RM100, RM50, RM200
Mungkin dengan bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) sahaja tidak mencukupi untuk rakyat menampung bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi. Oleh itu, Kerajaan turut memberikan bayaran Bantuan Tambahan kepada penerima STR sepadan dengan kelayakan penerima.
Bagaimanakah cara register STR Tambahan? Sila rujuk panduan lengkap dan baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK STR TAMBAHAN 2026 : CEK STATUS KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA TAMBAHAN BARU
MAKSUD STR TAMBAHAN
STR Tambahan adalah bermaksud bantuan tambahan yang khusus untuk penerima STR atau lebih dikenali sebagai Bantuan SARA yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan penerima STR pada setiap bulan.
Dengan Bantuan STR Tambahan ini, penerima boleh membeli barang-barang seperti bahan asas masakan. pampers, susu, sabun mandian, shampoo, pencuci lantai, alat tulis, serbuk minuman berperisa (milo, nescafe dan sebagainya), ubat-ubatan dan sebagainya.
NILAI BANTUAN STR TAMBAHAN 2026
Bantuan STR Tambahan akan disalurkan kepada penerima STR dengan nilai yang berbeza berdasarkan kategori kelayakan penerima supaya ianya sepadan dengan kelayakan.
- Penerima STR Status Miskin & Miskin Tegar :
| KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | NILAI BANTUAN STR TAMBAHAN |
|---|---|
| Bujang (Belum berkahwin / balu / duda / janda) | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM150 setiap bulan |
| Isi Rumah (Berpasangan / ibu bapa tunggal) | RM200 setiap bulan |
- Penerima STR Status Asas Bukan Miskin :
| KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | NILAI BANTUAN STR TAMBAHAN |
|---|---|
| Bujang (Belum berkahwin / balu / duda / janda) | RM50 setiap bulan |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM50 setiap bulan |
| Isi Rumah (Berpasangan / ibu bapa tunggal) | RM100 setiap bulan |
TEMPOH PEMBERIAN STR TAMBAHAN
Pemberian Bantuan STR Tambahan adalah setiap bulan diberikan kepada semua penerima STR yang layak selam tempoh yang sama.
| KELAYAKAN PENERIMA STR | TEMPOH PEMBERIAN |
|---|---|
| Penerima STR Status Miskin & Miskin Tegar | 12 bulan (bermula Januari hingga Disember 2026) |
| Penerima STR Status Asas Bukan Miskin | 12 bulan (bermula Januari hingga Disember 2026) |
SIAPA LAYAK REGISTER STR TAMBAHAN
Sebelum register STR Tambahan, anda perlu ketahui sama ada layak atau tidak. Sila baca syarat kelayakan sebagai penerima Bantuan STR Tambahan :
| SYARAT | KELAYAKAN MISKIN | KELAYAKAN ASAS |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa | RM2,500 hingga RM5,000 |
| Kategori | Bujang Warga Emas Isi Rumah | Bujang Warga Emas Isi Rumah |
| Data eKasih | Berdaftar & Tersenarai dalam rekod data eKasih | Tidak tersenarai dalam rekod data eKasih |
| Status STR | Lulus | Lulus |
CARA REGISTER STR TAMBAHAN 2026
Bagi rakyat yang pendapatan bawah garis kemiskinan (PGK), anda boleh register eKasih dengan mudah seperti berikut :
- Sila klik pada pautan laman web rasmi di sini :https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Pada halaman tersebut, layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Untuk Didaftarkan Ke Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti dan kenalpasti syarat kelayakan anda.
- Seterusnya, hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
- Hubungi talian Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Selesai.
CARA MOHON STR TAMBAHAN 2026
Untuk mendapatkan Bantuan STR Tambahan, anda perlu memohon Bantuan STR terlebih dahulu dan apabila ianya lulus, anda akan secara automatik layak terima Bantuan STR Tambahan.
- Sila klik pada pautan laman web STR rasmi di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, terus klik butang [Permohonan Baharu].
- Untuk teruskan permohonan tanpa guna MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, sila klik pada butang [Semak].
- Maklumat diri akan dipaparkan secara automatik seperti ‘Nama Penuh’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’.
- Ianya dipaparkan berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN terdekat.
- Pilih status perkahwinan anda :
- Bujang – bagi yang belum berkahwin.
- Kahwin – bagi yang mempunyai pasangan.
- Bagi yang berkahwin, sila isi [Tarikh Nikah] dan muat naik [Sijil Nikah].
- Balu – bagi yang kematian pasangan.
- Bagi yang kematian pasangan, sila isi [Tarikh Kematian] dan muat naik [Sijil Kematian].
- Duda / Janda – bagi yang bercerai.
- Bagi yang bercerai, sila isi [Tarikh Penceraian] dan muat naik [Surat Cerai].
- Masukkan maklumat akaun bank anda yang masih aktif untuk penerimaan bantuan.
- Pastikan nombor akaun yang betul dan atas nama sendiri.
- Seterusnya, klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman berikutnya.
- Lengkapkan [Maklumat Pasangan] bagi yang mempunyai pasangan.
- Masukkan [Maklumat Anak] yang mempunyai anak kandung / anak angkat.
- Lengkapkan [Maklumat Waris] mengikut jenis hubungan dengan anda.
- Bagi pengesahan, anda perlu mengisi [Kod Captcha] mengikut nilai yang diberikan.
- Kemudian, klik butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
- Jika permohonan telah berjaya dihantar, anda akan dipaparkan dengan :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]