REGISTER LESEN PERCUMA : SESI TERBARU 2025 PERMOHONAN ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)
Lazimnya Program Bantuan Lesen Percuma dilaksanakan bermula pada bulan Februari hingga Oktober. Namun, pemohon perlu merujuk kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri masing-masing kerana ianya mempunyai kuota yang berbeza untuk register bagi setiap negeri.
Bagaimanakah register Lesen Percuma? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN DALAM IC RM2100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
JENIS LESEN PERCUMA
Lesen Percuma yang ditanggung oleh kerajaan adalah jenis berikut :
PERKARA | JENIS LESEN PERCUMA |
---|---|
Bantuan Lesen Percuma | Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal) |
MAKLUMAT LESEN PERCUMA
Berikut merupakan maklumat berkaitan Bantuan Lesen Percuma yang perlu diketahui :
- Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
SYARAT REGISTER LESEN PERCUMA
Untuk memohon Bantuan Lesen Percuma, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
- Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
- Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.
PANDUAN REGISTER LESEN PERCUMA
Ikuti panduan permohonan Bantuan Lesen Percuma seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi JPJ; atau klik pautan di sini : https://www.jpj.gov.my/.
- Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini
- Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti [Kad Pengenalan], [Keputusan Ujian Saringan Kesihatan], dan [Gambar Pasport]
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan Hantar borang tersebut
- Kemudian, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal
- Pastikan pemohon hadir pada kesemua tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal
- Selesai
BORANG LESEN PERCUMA
Berikut merupakan borang register Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) :
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyLesen B2, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
- Alamat e-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/SOALAN-LAZIM-PROGRAM-MYLESEN-B2-.pdf.