REGISTER EKASIH 2026 : CARA DAFTAR/MOHON BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA MYKASIH

REGISTER EKASIH 2026 : CARA DAFTAR/MOHON BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA MYKASIH

BACA JUGA : SEMAK TAWARAN HAJI (2026) : SEMAKAN STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK PERGI MENUNAIKAN HAJI

KADAR BANTUAN SARA EKASIH 2026

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberikan kepada setiap kategori dengan kadar yang berbeza bagi penerima yang berdaftar dengan eKasih dan bukan yang mendaftar eKasih seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
KADAR BANTUAN
DAFTAR EKASIH
KADAR BANTUAN
BUKAN EKASIH
ISI RUMAHRM2,400 setahunRM1,200 setahun
WARGA EMASRM1,800 setahunRM600 setahun
BUJANGRM1,200 setahunRM600 setahun

SYARAT REGISTER EKASIH 2026

Individu yang ingin menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar yang maksimum, anda perlulah mendaftar eKasih. Namun, sebelum menbuat pendaftaran (register), ketahui syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR);
  • Tiada had umur;
  • Kadar pendapatan bawah garis kemiskinan (PGK) semasa;
  • Lulus permohonan STR 2026.

Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

CARA REGISTER EKASIH 2026

Sekiranya memenuhi Syarat kelayakan yang ditetapkan, ikuti cara pendaftaran (register) secara online seperti berikut :

  1. Sila klik pautan Portal Rasmi eKasih di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
  4. Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN atau hubungi PPN berhampiran anda di talian PPN memgikut negeri :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Selesai.

CARA MOHON BANTUAN SARA EKASIH 2026

Oleh kerana kelayakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diberikan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ikuti cara permohonan yang lengkap seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
    • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  8. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  9. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  10. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  11. ⁠Muat naik dokumen Sokongan. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  12. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  13. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  14. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  15. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  16. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  17. Selesai.

RUJUKAN EKASIH

Maklumat-maklumat dalam artikel ini berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada yang berdaftar eKasih adalah dirujuk dari sumber yang sahih dan dikongsikan untuk memudahkan carian. Untuk rujukan lebih lanjut, sila hubungi pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment