REGISTER BINGKAS 2026 : CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR

REGISTER BINGKAS 2026 : CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR

Portal permohonan Bantuan BINGKAS Selangor telahpun dibuka bermula 1 November 2025 untuk rakyat yang memenuhi kelayakan dapat register (daftar) permohonan secara atas talian (online) supaya dapat menerima manfaat BINGKAS sebanyak RM300 setiap bulan.

Bagaimanakah cara register BINGKAS 2026? Ikuti panduan lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN EWALLET 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

APA ITU BINGKAS?

BINGKAS adalah ringkasan daripada Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor yang dilaksanakan di bawah Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu isi rumah memenuhi keperluan asas setiap bulan khususnya kepada rakyat yang berpendapatan rendah (B40 dan M40).

Kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan Bantuan BINGKAS sebanyak RM300 setiap bulan dan penerima perlu menggunakannya untuk beli barang keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, produk keperluan bayi, perihal pendidikan dan sebagainya.

CARA PENERIMAAN BINGKAS 2026

Penerima yang layak akan menerima bayaran Bantuan BINGKAS secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan terus ke dalam akaun e-Wallet ‘Selangkah’ pada setiap bulan secara automatik dan boleh guna di kedai dan pasaraya yang berdaftar.

Sebelum menerima bayaran, penerima perlu melalui proses berikut :

  1. 📝 Pemohon perlu mengisi permohonan & hantar secara online.
  2. ✅ Status kelayakan pemohon akan disahkan ‘Lulus’ jika memenuhi syarat.
  3. 📱 Setelah diluluskan, pemohon perlu muat turun aplikasi ‘Selangkah’ dan daftar akaun e-Wallet.
  4. 💲 Bantuan BINGKAS akan dikreditkan dalam akaun e-Wallet tersebut.
  5. 🛒 Penerima boleh menggunakannya untuk beli barang keperluan asas.

SYARAT LAYAK REGISTER BINGKAS

Pemberian Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor adalah terbuka kepada rakyat Selangor dan bukan Selangor. Namun, ianya rakyat yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Antara syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Status
Perkahwinan
Berkahwin / ibubapa tunggal
Bilangan
Tanggungan
Min 2 orang yang berumur
18 tahun ke bawah
Kadar
Pendapatan
Tidak melebihi RM5,000
sebulan
Tempat
Lahir /
Tempat Menetap
Lahir di Selangor /
Menetap di Selangor
(lebih 10 tahun)
Tempat
Mengundi
Selangor

CARA REGISTER BINGKAS 2026

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, sila layari pautan Portal Rasmi BINGKAS dan ikuti panduan lengkap cara register (daftar) permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor seperti di bawah berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
BINGKAS
(Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor)
https://bingkasselangor.com/
  1. Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  2. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
  4. Bagi yang tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan daftar akaun anda.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
  6. Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
  7. Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
  8. Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
    • *Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
  9. Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid salah seorang anak dan klik [Simpan].
  10. Setelah selesai, klik butang [Hantar].
  11. Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
  12. Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
  13. Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
  14. Permohonan telah berjaya dihantar.
  15. Selesai.

SENARAI DOKUMEN REGISTER BINGKAS

Selain itu, pemohon perlu sertakan bersama dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk melengkapkan proses register (daftar) permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), antara dokumen yang diperlukan adalah :

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (anak-anak);
  • Salinan Sijil Kematian / Penceraian / Laporan Polis (untuk ibu / bapa tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada ketua Komuniti sepertu ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang kami tulis dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS dan kami kongsikan untuk memudahkan carian orang ramai. Sekiranya tuan / puan ingin mengetahui lebih lanjut, sila rujuk pihak BINGKAS di bawah :

Leave a Comment