PORTAL IHSAN MADANI 2026 – SEMAK KELAYAKAN & SENARAI BANTUAN

PORTAL IHSAN MADANI 2026 – SEMAK KELAYAKAN & SENARAI BANTUAN

Kerajaan telah menyediakan sebuah ‘Portal Ihsan MADANI’ yang mana rakyat boleh mendapatkan maklumat berkaitan bantuan-bantuan yang layak diterima berdasarkan kelayakan untuk mengimbangi kos sara hidup dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah semak kelayakan dan senarai bantuan di Portal Ihsan MADANI? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN E KASIH SARA 2026 – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BANTUAN

APA ITU PORTAL IHSAN MADANI?

Kerajaan membangunkan sebuah Portal Ihsan MADANI untuk hebahan inisiatif dan bantuan yang disediakan di bawah satu (1) platform sahaja. Melalui Portal Ihsan MADANI ini, rakyat dapat mengetahui info terbaru bantuan sara hidup yang disedikan oleh Kerajaan termasuk tujuh (7) kluster utama Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL).

Rakyat dapat mendapatkan maklumat bantuan dan juga boleh buat semakan untuk kenalpasti bantuan khusus yang layak diterima mengikut kelayakan. Setiap maklumat yang diisi akan disepadankan dengan senarai bantuan yang tersedia dalam Portal Ihsan MADANI.

FUNGSI PORTAL IHSAN MADANI

Antara fungsi Portal Ihsan MADANI adalah termasuk :

  • Dapat menjadi sebuah platform sehenti yang menggabungkan bantuan dan inisiatif oleh Kerajaan berkaitan kos sara hidup rakyat.
  • Membolehkan rakyat membuat semakan kelayakan bantuan berdasarkan maklumat asas yang diisi.
  • Mengumpul pelbagai inisiatif dan bantuan dalam tujuh (7) kluster utama.
  • Memudahkan permohonan bantuan yang dikemukakan oleh rakyat.

SENARAI BANTUAN IHSAN MADANI

Terdapat tujuh (7) kluster bantuan yang disediakan dalam Portal Ihsan MADANI, antaranya adalah :

  • Kluster Kesihatan
  • Kluster Makanan
  • Kluster Pendapatan
  • Kluster Pendidikan
  • Kluster Pengangkutan
  • Kluster Perumahan
  • Kluster Utiliti

DAFTAR & SEMAK KELAYAKAN PORTAL IHSAN MADANI 2026

Bagi yang belum mendaftar Ihsan MADANI, ikuti cara pendaftaran yang mudah di laman web rasmi dan aplikasi mudah alih Ihsan MADANI di bawah :

  1. Layari laman web rasmi Portal Ihsan MADANI di : www.ihsanmadani.gov.my
    • atau muat turun aplikasi mudah alih ‘Ihsan MADANI’.
  2. Klik pada butang [SEMAK BANTUAN KHUSUS].
  3. Isikan maklumat pendaftaran yang diperlukan seperti :
    • Tahun lahir;
    • Jantina;
    • Negeri tempat tinggal;
    • Kumpulan etnik;
    • Taraf pendidikan;
    • Status Perkahwinan;
    • Jumlah pendapatan bulanan individu dan isi rumah;
    • Status OKU;
    • Tanggungan (Jika ada) :
      • Kanak-kanak (17 tahun ke bawah);
      • Warga emas (60 tahun ke atas).
      • Tanggungan OKU;
      • Pesakit terlantar / pesakit kronik;
    • Pemilikan kediaman semasa.
  4. Setelah lengkap diisi, portal akan padankan dengan senarai bantuan yang sesuai dengan kelayakan anda,
  5. Untuk mohon bantuan, anda akan dibawa ke laman rasmi kementerian / jabatan yang menyediakan bantuan tersebut.
  6. Klik pada pautan [Mohon Di Sini].
  7. Semakan status bantuan perlu dilakukan di portal yang dibawa.
  8. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Ihsan Madani. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.malaysia.gov.my/my/personas/keluarga-berpendapatan-rendah/mendapatkan-bantuan-asas/portal-ihsan-madani.

Leave a Comment