PLKN SEMAKAN PELATIH 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diwujudkan semula iaitu 3.0 pada tahun ini bagi siri pertama (1) telah bermula sejak 12 Januari 2025 dan kini pelaksanaan siri kedua (2) yang akan mula dilaksanakan pada 11 Mei 2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang.
Bagaimanakah semakan pelatih PLKN? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN PELATIH PLKN 3.0 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT LAYAK PELATIH PLKN 2025
Berikut merupakan syarat kelayakan Pelatih PLKN 3.0 :
- Tidak semua individu dalam kumpulan umur tertentu akan dipanggil untuk menyertai PLKN 3.0 kerana Pemilihan dilakukan secara rawak (sistem berkomputer) atau berdasarkan kriteria tertentu.
- Pelatih akan dipilih daripada remaja Malaysia yang dilahirkan pada tahun remaja tersebut berumur 18 tahun.
- Status kewarganegaraan (warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia).
- Keadaan kesihatan (sihat dan mampu menjalani latihan).
- Rekod peribadi (tidak mempunyai rekod jenayah berat).
PLKN SEMAKAN PELATIH 2025
Pelatih yang terpilih mengikuti latihan PLKN 3.0 bagi siri dua (2) bermula pada 11 Mei 2025 adalah seramai 550 orang.
Ikuti cara semakan status kelayakan Pelatih PLKN 3.0 seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi Semakan Pelatih PLKN di sini : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada kotak [/] “I’m not a robot”.
- Kemudian, klik pada butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Selesai.
Untuk semakan kemasukan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), sila imbas kod QR pada gambar yang tertera di bawah :

- Halaman utama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAKAN E-PLKN 3.0].
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Klik pada kotak “I’m not a robot”.
- Kemudian, klik butang [SEMAK].
- Status kelayakan akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH LATIHAN PLKN 2025
Tarikh latihan PLKN 3.0 bagi siri 1, 2 dan 3 adalah pada :
- Siri 1 : 12 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025;
- Siri 2 : 11 Mei 2025 hingga 24 Jun 2025;
- Siri 3 : 7 September 2025 hingga 21 Oktober 2025.
LOKASI PENEMPATAN PELATIH PLKN 2025
Terdapat dua (2) lokasi penempatan latihan PLKN 3.0 bagi siri 1, 2 dan 3, iaitu di :
- Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur : Siri 1, 2 dan 3.
- Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang : Siri 2 dan 3.
MODUL LATIHAN PLKN 2025
Latihan PLKN 3.0 merangkumi tiga (3) modul terbaru, iaitu :
- Modul Fizikal :
- melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
- Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak :
- meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
- Elemen Khidmat Masyarakat :
- meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian PLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat).
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/en/information/plkn-3-0.