PLKN CHECK : SEMAK STATUS KELAYAKAN SIRI 2/2026
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2026 kini membuka peluang kepada belia Malaysia untuk menyemak status kelayakan bagi Siri 2/2026 secara online. Semakan ini penting bagi mengetahui sama ada calon terpilih untuk menyertai latihan yang dijadualkan berlangsung sekitar April hingga Jun 2026 selama 45 hari, selaras dengan pelaksanaan semasa di bawah konsep PLKN 3.0.
Melalui sistem rasmi ePLKN 3.0, calon boleh membuat semakan dengan mudah menggunakan maklumat peribadi bagi mendapatkan keputusan terkini berkaitan tawaran, penempatan serta keperluan pengesahan penyertaan. Justeru, semua calon yang layak disarankan untuk menyemak status masing-masing secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang keciciran maklumat penting.
Bagaimanakah cara PLKN check bagi status kelayakan Siri 2/2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
Baca juga: BANTUAN MYKAD 2026 RM200 SEBULAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
CHECK SYARAT KELAYAKAN PESERTA PLKN 2026
Syarat kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi tahun 2026 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Calon berusia tidak kurang dari 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pendaftaran;
- Kelahiran tahun 2008;
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.
TARIKH CHECK PLKN SIRI 2 2026
Calon simpnanan boleh check tawaran PLKN 3.0 bagi Siri 2/2026 pada tarikh berikut:
| TARIKH BUKA | TARIKH TUTUP |
|---|---|
| 20 Februari 2026 (Jumaat) 5.00 Petang | 28 Februari 2026 (Sabtu) |
PLKN CHECK
Tawaran Pelatih PLKN 3.0 bagi Siri 2/2026 boleh di check secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
- Kemudian, Klik [Semak]
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
- Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
- Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
- Selesai.
Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 28 Februari 2026 (Sabtu) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.
Pelatih juga boleh merujuk panduan manual yang disediakan untuk pengesahan kehadiran : https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf.
JADUAL DAN TEMPAT LATIHAN PLKN SIRI 2 2026
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi tahun 2026 akan dilaksanakan mengikut jadual dan tempat latihan berikut:
Siri 2 2026:
- Tarikh: 25 April 2026 – 08 Jun 2026
- Lokasi:
- Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
CALON SIMPANAN PLKN 2026
Calon simpanan merupakan senarai menunggu yang telah dimaklumkan awal ke peringkat sekolah. Kepada yang terpilih dalam kategori ini perlu membuat semakan semula pada tarikh yang ditetapkan. Sekiranya anda terpilih sebagai ‘calon simpanan’ bagi daftar kelahiran 2008, inilah perkara yang anda perlu tahu:
- Tahun 2026 , PLKN 3.0 akan melaksanakan 4 siri latihan seperti ketetapan berikut:
- A. Siri 1/2026: 17 Jan – 2 Mac 2026
- B. Siri 2/2026: 25 Apr – 8 Jun 2026
- C. Siri 3/2026: 11 Jul – 24 Ogos 2026
- D. Siri 4/2026: 3 Okt – 16 Nov 2026
- Jika tidak terpilih pada siri awal, sila semak semula pada siri akan datang (siri 3 & 4/2026) selewatnya 2-3 minggu selepas pengumuman rasmi dari JLKN atau sebelum siri latihan berikutnya bermula.
- Tempoh calon simpanan tertakluk dalam tempoh setahun bagi tahun 2026 .
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian PLKN: 03-40133613 / 03-40133618
- e-Mel: [email protected]
- Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di: https://jlkn.mod.gov.my/.