PERMOHONAN SUBSIDI PETROL : SEMAK KELAYAKAN
Seramai hampir 16 juta rakyat Malaysia layak untuk menerima inisiatif BUDI95 dengan pembelian minyak RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter yang akan dilaksanakan bermula pada penghujung bulan September 2025.
Bagaimanakah permohonan subsidi petrol? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN SUBSIDI MINYAK RON95 : CARA REGISTER / CLAIM

APA ITU SUBSIDI PETROL?
Subsidi petrol atau Subsidi RON95 merupakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk rakyat Malaysia bagi :
- Mendapatkan harga petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter;
- Boleh dinikmati dengan menggunakan MyKad sebagai pengesahan kelayakan;
- Mengekang ketirisan subsidi (daripada warga asing atau golongan tidak layak); atau
- Menangani penyeludupan yang mengelak daripada membayar cukai;
SIAPA YANG LAYAK & APA SYARATNYA?
Kelayakan penerima Subsidi RON95 adalah seperti berikut:
- Semua Warganegara Malaysia;
- Berusia 16 tahun dan ke atas;
- Tiada had pendapatan (semua layak);
- Memiliki lesen memandu yang SAH berdaftar JPJ;
- Lesen memandu yang aktif (masih SAH);
PERMOHONAN SUBSIDI PETROL
Berikut merupakan cara untuk semak status kelayakan subsidi ron95:
- Tiada sebarang permohonan diperlukan;
- Hanya perlukan pengesahan MyKad;
- Pengesahan di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak; ATAU
- Pengesahan pada Aplikasi TouchNGo (TNG) atau Aplikasi Syarikat Minyak seperti Setel (Petronas), CaltexGo – bagi mengelakkan kesesakan di Stesen Minyak.
Catatan : Pastikan cip MyKad berfungsi dan Lesen Memandu masih sah sebelum menggunakan BUDI95
JUMLAH SUBSIDI PETROL
Melalui pelaksanaan subsidi petrol ini, penerima yang layak akan menikmati subsidi RON95 seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | HARGA PETROL RON95 PER LITER | HAD LITER |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | RM1.99 /Liter | 300 Liter Sebulan |
Pemandu e-hailing | RM1.99 /Liter | Tiada Had (Perlu memohon untuk had lebih tinggi/kelayakan tambahan) |
Bukan Warganegara Malaysia | RM2.60 /Liter | – |
CARA GUNA
Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan subsidi ron95 :
- Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
- Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima;
- Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
- Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
- Isi minyak RON95 seperti biasa.
- Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
- Selesai.
TARIK PELAKSANAAN
Pelaksanaan penyasaran Subsidi minyak Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter akan berkuatkuasa pada penghujung bulan September 2025 seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PELAKSANAAN |
---|---|
Warga Polis & Tentera | 27 September 2025 (Sabtu) |
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | 28 September 2025 (Ahad) |
Semua Warganegara Malaysia (Orang Awam) | 30 September 2025 (Selasa) |
APA PERLU DIAMBIL PERHATIAN?
Terdapat beberapa perkara perlua diambil perhatian sebelum menggunakan Subsidi ini, antaranya :
- Pastikan MyKad anda berfungsi dengan baik;
- Memiliki lesen memandu yang SAH berdaftar JPJ;
- Lesen memandu mestilah yang terkini dan masih aktif (SAH); dan
- Simpan resit atau bukti semakan jika ada masalah di stesen minyak.
- Had penggunaan 300 liter sebulan untuk setiap individu.
- Pengecualian Had kepada pekerja e-hailing, dan perlu memohon had tambahan.
SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI PETROL
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI PETROL:
- Adakah saya perlu mohon secara online?
- Tiada sebarang pendaftaran diperlukan. Anda hanya perlu membuat pengesahan menggunakan MyKad.
- Bila subsidi RM1.99 RON95 akan mula berkuatkuasa?
- Bermula 30 September 2025 untuk orang ramai. Namun, beberapa kategori khusus seperti polis, tentera, penerima STR akan mendapat beberapa lebih awal berbanding orang awam.
- Siapa tidak layak menerima subsidi ini?
- Individu yang tidak memenuhi syarat kelayakan, dan BUKAN warganegara Malaysia.
- Apakah stesen minyak yang menyokong subsidi?
- Kerajaan akan umum senarai stesen yang mempunyai pembaca MyKad/terminal yang menyokong BUDI95 atau subsidi MyKad di pam minyak dari semasa ke semasa.
- Apa berlaku jika saya melebihi had 300 liter dalam sebulan?
- Setiap liter yang melebihi kadar had yang ditetapkan berkemungkinan akan dikenakan harga pasaran penuh tanpa subsidi.
RUJUKAN
Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini
- Talian Bantuan : 03-8882 4566 atau 03-8882 4565
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi : https://budidiesel.gov.my/